about
● archives
18 September 2014
Punah @ 19:22
punah.
semua orang akan punah. hanya tunggu masa, semestinya kau akan punah.
Pernah tak suatu masa, kau rasa lebih baik tidak bernyawa daripada terus bernyawa dengan kebodohan, kejahilan dan kegagalan. Yang mana pada realitinya, nyawa itu bukan boleh dibuat main. Seribu kalipun terputus nadi kau, pasti akan tersambung balik andai ajal belumpun mahu memamah tubuh badan kau. Waima itu hakikatnya.
Dan itulah apa yang aku rasa sekarang. Lifeless, mungkin? Tak. Aku tak perlukan nyawa pun. Sedangkan sekarang pun aku tak faham apa guna nyawa yang aku ada; entah. Beribu kali aku cuba putuskan nyawa ni. Apa guna kalau aku tak perlukan? Bengangnya, Tuhan masih beri aku nyawa itu. Untuk apa? Aku tak pernah amik tahu. Eh- mampuslah.
Nama aku?
Donghyuk.
Kim Donghyuk si bodoh, kata mereka si egosentrik.
Walaupun acapkali aku bengang dengan kata-kata nafsi mereka, aku hanya bisa diam. Telan lumat segala kata-kata tersebut. Kenapa? Kerana memang benar. Aku si bodoh yang tak ada kehidupan. Si bodoh yang patut dipulau oleh jagatraya. Si bodoh yang dilahirkan tanpa ikatan sah, hanya tertumpu pada nafsu serakah. Akulah orang itu.
Tapi.
Apa salah aku?
Ya.
Sebab aku jijik.
. . .
Krek... Krek... Krek...
Bunyi kotak kayu yang terseret dengan lantai membelah sunyinya suasana. Donghyuk dengan sepenuh tenaganya mengagih kotak-kotak kayu tersebut walaupun sesekali giginya terasa ngilu sekali. Sehinggalah dia terjumpa sebuah rak disebalik kotak-kotak kayu tadi, segera tangannya menggeledah rak tersebut.
"Hah!" Tangannya bergerak pantas tatkala dia ternampak satu objek berwarna hitam.
Dia menghela nafas panjang. Syukur.
Lalu objek tersebut dimasukkan ke dalam beg galas hitam miliknya. Topi yang dipakainya diturunkan menutupi raut wajahnya.
Tangan dimasukkan ke dalam poket.
Pandang kiri.
Pandangan kanan.
Clear.
Dengan pantas, dia menongkah langkah pantas meninggalkan tempat itu.
"Manusia kontemporari yang asyik berlagak senirmala malaikat. Patutkah mereka bernyawa?"
Donghyuk melangkah masuk ke dalam kedai runcit yang beroperasi selama 24jam. Ada seorang pekerja di kaunter yang sedang asyik dengan telefon bimbitnya. Sempat dia terpandang raut wajah si pekerja tersebut yang stim. Mungkin sedang bersyahwat, fikirnya. Tetapi lantakkan saja, bukan si dia yang dicari.
Dia mula melangkah disekeliling kedai runcit tersebut; mencari. Mungkin kerana jam yang sudah pun menunjuk ke angka 3 pagi, tidak ramai manusia yang mengunjungi kedai tersebut. Lebih mudah, bukan?
"Encik? Boleh saya bantu? Cari apa, ya?" Satu suara lelaki tiba-tiba sahaja menerjah masuk ke dalam cuping telinganya. Belum sempat dia berpaling menghadap si dia yang menegur, senyuman sinis sudah terukir pada wajahnya.
Badannya dipalingkan. Pandangan masih tertunduk, menyembunyikan wajahnya. "Kau,"
"Maafkan saya, encik?"
Tangan lelaki tersebut ditangkas lalu ditarik keluar daripada kedai tersebut sehinggalah ke satu lorong yang agak kelam dan gelap.
"Encik!"
"Encik, huh?" Donghyuk tergelak sinis. Hanya senyuman sarkastiknya sahaja yang dapat dilihat oleh lelaki tersebut. Badannya kentar.
"Donghyuk si babi anak luar nikah, kau ingat?"
Lelaki tersebut tersentak. "Dong... Donghyuk?"
"Tak payah buat tak kenal, bodoh!" Satu penumbuk padu menyinggah wajah lelaki tersebut. Habis terlentang lelaki itu dibuatnya.
Darah yang mula mengalir daripada rongga hidungnya dikesat penuh gementar. "Kau... Kau bukan dah mati ke?"
"Mati? Kenapa? Lagi aku sanggup korek kubur sebab nak jumpa dengan kau!" Tendangannya pula menyingkap kaki lelaki tersebut. Rintihan mula kedengaran.
Topinya dibuka, memperlihatkan wajahnya. Senyuman sinisnya masih kekal dibibir. Pandangan mata mereka terkunci.
"Chanwoo si budak hebat. Yang sentiasa hebat," Donghyuk menepuk tangannya. Sarkastik.
"Sedangkan sekarang pun masih hebat. Mungkin?" Ujarnya lagi sebelum berlutut dan menyambar rambut lelaki tersebut penuh amarah.
Lelaki tersebut merintih lagi. "Donghyuk... A- Aku... Minta... Ma- Maaf..."
"Maaf? Fck!"
"Donghyuk..."
"Sebab kau, satu dunia benci aku. Patut ke aku maafkan kau?"
"Aku... Aku minta maaf..."
Rintihan tersebut tidak diendahkan. Sebaliknya dia bangun lalu mengeluarkan sesuatu daripada beg galasnya. Objek hitam yang dijumpainya tadi.
"Kau yang sepatutnya mati,"
Bangg!
Peluru pertama pistol bersiri QSZ-92 menembusi jasad si dia. Punah.
Donghyuk tersenyum puas sebelum memasukkan semula pistol tersebut ke dalam beg galasnya. Sekeping kertas beraksara di atasnya diletakkan pada sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa tersebut.
PUNAH.
"Dunia ini hakikatnya dikuasai oleh manusia dominan. Selebihnya hanya hamba,"