aboutarchives


20 February 2017
Hello, Tinkerbell (untuk Hadi) @ 21:25

“ADA NAMPAK BUKU ANGAH?,”

Mukanya berkerut. “Buku? Buku apa?,”

“Alah, buku yang angah selalu baca malam-malam tu. Ada nampak tak?,”

Budak lelaki tu menggaru kepala kemudiannya. “Buku yang mana satu?,”

“Buku yang mendiang nenek bagi tu. Cover depan dia ada gambar budak lelaki terbang,” wajahnya gelisah.

“Oh! Buku Peterpan tu?,”

“Ha’ah,”


Bukan semua orang membesar dengan cerita dongeng. Dan tak semua orang jugak percaya cerita dongeng tu wujud. Kalau dunia ni jadi tungang terbalik pun, orang lain tetap akan kata..

“Alah..cerita karut je tu..,”

“Mitos je benda-benda tu..,”

“Tahyul tu. Jangan percaya,”

“Takat nak buat budak-budak suka, time nak senang bagi budak-budak lena..tu je..,”

Namun, dalam banyak-banyak orang tu, ada jugak yang percaya Cinderella tu wujud. Beauty and The Beast tu wujud. Twilight tu wujud. Neverland tu pun wujud. Cuma yang membezakan cerita asal dan realitinya adalah situasi dan keadaan.

Kata Yeri:
“Antara Tinkerbell dan Wendy, aku lebih prefer Tinkerbell. At least bila Wendy tinggalkan Neverland, Tinkerbell ada untuk temankan Peterpan,”

Dan kata Hansol:
“Dalam mata Peterpan tu cuma ada satu – Wendy,”


"Yang Berangan & Yang Tak Tahu Berangan"
Kim Yeri || Choi Hansol

-----------------------------------


Dia mengeluh panjang. Bukannya dia mengeluh sebab tengok bilik yang bersepah macam baru lepas kena badai taufan Katrina skala 12. Bukan juga sebab satu badan dah mula melekit dek peluh gara-gara tak duduk diam dari tadi macam buat marathon setengah hari. Tapi semua sebab dengar Along kata tadi..
“Buku angah tu ibu kata dia bagi pinjam kat anak jiran kita yang baru pindah hari tu,”
“What?? Ibu bagi pinjam??,” dia mengulang ayat yang sama dengan nada tak percaya. “Are you kidding me?!,”
“Ada gaya ke?,” Kai selamba menyoal dengan muka tak beriak. Takde masa aku nak bergurau dengan budak senget seorang ni. Lagi-lagi bab buku purba alam dia tu. Boleh kasi perang dunia ketiga tercetus.
 “Damn! Mana boleh ibu kasi orang lain pinjam buku tu…,” dia dah mula rasa nak tarik rambut. Strees!
 “La..Apasal pulak? Chill la angah. Buku cerita je pun. Tak matilah kalau kau tak dapat baca sehari dua,” Kai memujuk dalam sinis. Tahu benar dia dengan adik perempuan yang seorang ni. Dalam banyak-banyak buku cerita dongeng, buku Peterpan yang nenek bagi dulu tulah yang dia baca sampai hari ni. Tak pernah dia jemu membaca cerita tu setiap malam sebelum tidur.
“This is a not about ‘buku cerita je pun’,” dia menjeling ke siling sambil menekan suara. Wajahnya dah masam mencuka. “Along tahu kan angah sayang buku tu. Dari mula angah dapat masa sekolah rendah dulu sampai sekarang, mana pernah angah bagi orang lain pinjam. ,”
Kai mengangguk faham. Cukup faham untuk mengerti nada tak puas hati adik yang seorang ni. “Ye along tahu angah sayang buku tu. Tapi cik adikku sayang, takkan awak nak simpan buku tu sampai ke tua? Grow up lah, Angah. You not a kid anymore. Pelajar sekolah tinggi kut. Sampai bila angah nak stuck dengan cerita dongeng segala bagai tu? This is a real fairytale, angah. The real fairytale where you can’t even see the ending yet. It’s not simple as you think it was and not all the ‘story’ will have happy ending at the end,”  

Ya. Dia tahu semua tu. Tapi kalau dah sayang nak buat macam mana. Bukanlah dia tak nak berpijak di bumi yang nyata, tapi cuma dengan membaca buku Peterpan tu buat dia bermimpi untuk kekal menjadi seorang kanak-kanak tanpa membesar. Tak payah susah-susah nak fikir tentang masa depan. Biar dia kekal seperti ini. Tapi dia sendiri tahu angan-angan tu tak akan pernah menjadi realiti. Macam kata Along, dia perlu jadi matang.
“Ya. Jadi matang untuk cari jalan macam mana nak ambik balik buku Peterpan aku tu,”
Dan dia tarik sengih penuh makna.




“I already register you. So, by tomorrow you have to go to school. No matter what. Understand?,”
Senyap. Tak ada jawapan yang keluar dari mulutnya. Spaghetti bolognaise di atas pinggan di depannya dikuis dengan garfu perlahan dengan tangan kanan manakala tangan kiri menongkat dagu. Bosan!
“Choi Hansol! Are you listening to me?,”  naik seoktaf suara wanita yang duduk setentang dengannya.
Hansol angkat muka tiga saat. Namun masih tak mahu memberi respon. Garfu ditangan kanan dicampak ke atas meja tanda prostes. Kemudian menyandar ke kerusi dengan muka selamba tak beriak.
“Kenapa awak susah sangat nak ikut apa mama suruh? Mama suruh pergi sekolah je. Bukan susah sangat pun,” wanita tu melurut rambut ke belakang menahan sabar. Mungkin dah mula rasa ‘membahang’ dek pertanyaannya tak dijawab dari tadi.
Hansol menjeling ke siling. Dia pergi ke sekolah? Untuk apa?  “Are you kidding me, Ma? School? Me?,”
Jari telunjuk kanan menuding ke diri sendiri. Dia sengih menyindir. Dah tahu sangat apa motif ibunya suruh dia ke sekolah. Cuma dia aje yang berpura-pura buat tak tahu. “Ma, you know my current condition. Then, you ask me to go to school. What’s the point? Ma suruh Hansol pergi sekolah sebab Ma takut orang tahu rahsia mama, kan? Ma takut jiran-jiran kat sini tahu macam mana jiran-jiran kita kat sana dulu tahu. That’s why, mama paksa Hansol buat itu ini ikut telunjuk mama. You changed a lot ma. A lot..,”
Dia menolak kerusi ke belakang sebelum melangkah ke bilik. Hatinya sakit setiap kali memikirkan tentang paksaan ibunya sejak mereka berpindah ke Seoul. Segalanya bagai tak kena pada dirinya. Bukan niatnya mahu mengingkar cuma dia rasa tidak adil untuk dirinya.
“Hansol! Mama tak habis cakap lagi ni!,”
Bang!
Di hempasnya pintu bilik sekuat hati. Lantaklah kalau mama nak marah pun. Dia peduli apa. Dah tak kuasa nak menadah telinga dengar mama membebel. Lagi dia rasa sakit hati. Langkahnya perlahan menuju ke meja studi. Dicapainya buku cerita yang dipinjam dari makcik jiran sebelah yang dia sendiri belum tahu namanya. Dia merenung buku nipis ditangan.
 Peterpan.
Dia sengih sebaris. Terasa macam tak percaya yang ditangannya sekarang adalah cerita dongeng. Bukan buku-buku komik Naruto yang selalu dibaca. Dan bukan juga buku manga dari Jepun yang sudah diterjemahkan bahasanya. Dia melangkah ke katil sambil tangan kanan menyelak helaian buku cerita ditangan pada muka satu.
Wendy, John, and Michael Darling lived in London. One night, Wendy woke to find a strange boy sitting on the floor who was crying.
“My name is Wendy,” she said. “Who are you? Why are you crying?,”
“I’m Peter Pan,” the boy replied. “I’m crying because my shadow won’t stick to me.”
Pembacaanya terhenti. Matanya menangkap sebaris tulisan tangan dibawah baris ayat cerita di muka satu.
Kenapa harus dia yang mengenali  Wendy? Kenapa perlu dia juga menangis pada Wendy? Kenapa?
Hansol mengangkat kening sebelah. Pelik. Ini buku cerita ke atau diari orang? Dia garu kepala. Tak faham. Betul-betul tak faham. Diselaknya semula pada kulit hadapan. Betul. Buku Peterpan. Siap ada gambar budak lelaki terbang lagi. Bukan buku diari ni.
 Dia cuba menyelak pada helaian ke dua.
“Don’t cry,” Wendy said. “We can fix that.” And she sewed Peter’s shadow to the tips of his shoes. Peter was delighted.
Bila sampai masanya, kenapa harus Wendy yang menjadi penyeka air mata kau dikala kau sedih? Tak pernahkah kau terfikir tentang Tinkerbell?
Tang!
Bunyi sesuatu berlaga dengan dinding rumah dari luar tingkap biliknya. Pembacaannya terhenti. Dia melangkah ke tingkap dan serentak tu rahangnya jatuh tak terangkat dah melihat apa yang muncul diluar jendela.
“Bagi balik buku Peterpan aku!,”
Selamba.



“So, nama kau Kim Yeri?,” dia pandang pelik. “Anak perempuan mak cik sebelah?,”
Yeri tak menjawab. Cuma kepalanya saja yang memainkan peranan mengiyakan setiap persoalan yang diajukan.
“Buku ni kau punyalah?,” Hansol masih bertanya dengan muka tak beriak sambil memengang buku Peterpan yang baru sempat dibaca pada helaian pertama.
Yeri angguk lagi. Dia masih lepak berdiri dengan muka tak berdosa.
“Jadi motif kau buat cubaan menceroboh bilik aku ni semata-mata nak ambik buku budak tak cukup umur ni je?,” Hansol buat soalan maut. Yeri dah bagi pandangan membunuh. Silap hari karang ada yang makan penumbuk sulung aku nanti. Banyak soal pulak budak seorang ni..
“Ops! Pembetulan. Bukan cubaan menceroboh, okay. Kau ada kat bilik masa aku panjat tangga nak naik dari tingkap bilik kau. So, tu tak dikira menceroboh,”
Hansol sengih tiga saat. “Jadi, kalau tak menceroboh apa bendanya?,”
“Ziarah guna tingkap. Jalan cepat nak bertemu jiran baru,” Yeri selamba memberi jawapan.
“Banyaklah kau punya ziarah. Cakap jelah kau nak ambik buku ni,” Hansol ketawa. Geli hati dia dengan anak jiran sebelah ni. Baru jumpa tak sampai lima minit dia dah mula rasa budak perempuan ni lain dari yang dia pernah kenal sebelum ni. Rare.
Yeri masih tak beranjak dari tadi. Betul dia dah nekad dalam hati. Kalau dia tak dapat balik buku tu hari ni, dia sanggup tak balik rumah sampai anak jiran baru ni pulangkan semula padanya. Tak kisahlah apa nak jadi pun. Yang penting buku Peterpan tu ada pada tangannya semula. Muktamad!
“Kalau tak nak bagi balik buku tu, jangan harap malam ni kau boleh tidur nyeyak,” Yeri memberi amaran.
Kening Hansol terangkat. Amboi! Main ugut aku pulak budak kecik ni. Okay, kalau itu yang dia nak ‘main’, aku ikut sama. Dia sengih senget. “Kau boleh ambik balik buku ni. Tapi dengan satu syarat,”
Yeri menjeling ke siling. Dah mula naik menyampah. “Kau tau tak buku yang kau pinjam tu buku siapa?,”
“Tau. Buku kau,”
“So, kau nak bagi syarat kat aku pulak?,” Yeri mengeleng tak faham. Tak sedar diuntung betul budak baru ni. Nasib aku tak bagi backhand aje muka tu..
Hansol sekadar mengukir senyum merenung gadis genit dihadapannya. Sengih nakalnya masih berbunga. “Jadi sekarang kau sedarlah kat atas lantai bilik siapa yang kau berpijak sekarang ni?,”
Yeri terkedu. Mak aih! Tak kalah pulak padu dia menyindir. Along kasi aku sentap pun tak macam gaya dia ni.
“Amenda syaratnya?,” dia mengalah. Lagi lama bertekak macam ni sampai ke sudah dia tak dapat buku tu semula. Baik diikutkan saja selagi sabar dia masih bersisa.
“Jatuh cinta dengan aku,”




“Hmm~,”
Dan dia mengeluh lagi. Cuma agak panjang daripada yang tadi. Serabut kepala otak dia memikir perkara yang satu ni. Bukanlah sebab buku tu peninggalan mendiang nenek semata-mata buat dia, tapi sebab dalam buku tu ada rahsia yang dia simpan yang orang lain tak patut tahu. Atau dalam erti kata lainnya tak ada seorang pun boleh tahu. It’s super confidential thing!
“Yeri!,”
Dia mengangkat wajah. Joy. Teman semeja baru sampai dengan sengih lebarnya diwajah seperti biasa. Kadang-kadang tu dia pelik dengan budak seorang ni. Macam manalah dia boleh tarik sengih hari-hari setiap kali ke sekolah. Tak kisahlah hari tu hujan ribut ke..salji penuh ke..panas terik ke..bunga luruh ke..mesti dia sengih aje. Susah betul kalau nak tengok dia tarik muncung sedepa. Terlebih fius ke budak seorang ni?
“Amenda?,” dia kembali menongkat dagu.
“Eh, ada budak baru nak masuk kelas kita. Diorang kata kacak budaknya,” sambil meletakkan beg sandang ke kerusi Joy membawa khabar berita dipagi hari tanpa mukhadimah. Dah kebiasaanya begitu. Pantang aje ada gossip baru sikit, dialah orang terawal yang jadi penyebar berita.
Yeri tak memberi respon. Tak ambik pusing sangat tentang gossip budak-budak sekolah ni. Malas! Pandangannya masih ditebar ke luar tingkap. Fikirannya merewang jauh ke petang semalam.
“What?! Kau ingat jatuh cinta tu macam nak beli ikan kat pasar ke apa?,” seoktaf suaranya naik tak percaya. Kerja gila betul mamat seorang ni. Kut lah kalau dia mintak tu benda yang boleh ditunaikan. Ini..
“Well, senang je. Kita kenal dulu. Then, kita sama-samalah rancang lepas tu nak buat apa,” Hansol memberi cadangan.
“Senang tengkorak kau! Kenal kau pun tidak. Nama kau apatah lah lagi. Entah kau ni perompak bersiri ke..pembunuh bersiri ke..eii~ tak nak aku,” Yeri mencebik. Alasan yang tak munasabah nak bagi untuk menolak seseorang dalam teori dia.
“Nama aku Choi Hansol. Bukan perompak bersiri, bukan jugak pembunuh bersiri. Rekod aku bersih sebagai seorang rakyat biasa yang memegang status warganegara. Now, kita dah berkenalan. So, sekarang masalah dia, kau nak balik ke tidak buku ni? Atau nak aku simpan bagi pihak kau?,”
Yeri mengigit bibir. Masalah dunia betullah dia ni. Dia mengurut pelipis. Permintaan tak masuk akal sungguh! “Tak ada syarat lain ke kau nak buat? Apasal aku pulak kena jatuh cinta dengan kau? Tak ada orang lain ke? Demand besar lah kau ni..,”
“Nak atau tak?,”
Yeri menjeling ke siling. “Yelah..yelah..,”

“Woi, Yeri! Dengar tak ni?,”
Lamunannya terhenti. Dia mengalih pandang pada Joy disebelah. “Amenda?,”
“Lah..mengelamun pulak dia. Tu, senior kesayangan kau tengah main basketball kat court. Tak nak tengok ke?,” bibirnya dijuih keluar tingkap kelas. Yeri tengok luar. Dia sengih segaris dibibir.
Park Chanyeol.
Pelajar senior tahun terakhir jurusan muzik dan teater. Orangnya agak popular dikalangan pelajar perempuan disekolah. Pemain tetap pasukan bola keranjang peringkat kebangsaan yang mempunyai ketinggian 185 centimeter. Antara pemain termuda yang menempah nama ke Sukan Olimpik di England dulu. Bagi Yeri orangnya agak peramah. Senyumnya boleh kasi perempuan cair dalam sekelip mata. Dia mempunyai mata yang agak bulat, hidung yang sedikit mancung, bibir merah bak delima, dan dagu yang sedikit runcing. Boleh jugak dikategorikan wajah persis model pakaian berjenama. Namun bukan semua itu yang membuatkan Yeri jatuh suka pada senior yang seorang tu. Tapi disebabkan insiden dua tahun lalu yang tak mungkin dia lupa sehingga ke hari ini.
“Sampai bila kau nak pendam suka kau tu, Yeri? Tahun ni dia dah nak graduate. Next year kita pulak jadi senior. Agak-agak kaulah, ‘suka’ kau tu boleh tak kalau nak buat jeruk?,” Joy menutur dengan nada selamba. Yeri jeling maut. Alamak ai, budak seorang ni..
“Suara tu memang nak kasi semua orang dengar ke apa? Apasallah kau tak mintak pinjam aje microphone kat dewan tadi. Senang nak kasi inform satu sekolah,” Yeri menyindir sambil menampal sengih plastic.
Joy sengih. “Maaflah. Terkuat pulak,”
Dia mengeleng. Tak faham betul budak seorang ni. Kalau aku kata sewel karang marah. “Biarlah macam ni je, Joy. Aku lagi selesa dia tak tahu. At least aku boleh pandang dia dari jauh macam ni pun dah okay,”
Bunyinya pasrah semacam. Joy dah tak tahu nak kata apa dengan member yang seorang ni. Dah selalu sangat dia kasi pendapat dan nasihat, tapi begitu ajelah jawapannya. “Tapi sampai bila, Yeri? Kau suka dia dah lama kut. Bertahun dulu. Hari-hari kau duk usha dia, takkan kau tak terfikir langsung nak confess kat dia? Peliklah aku dengan kau ni..,”
Yeri cuma sengih kelat. Dah nak buat macam mana. Kalau itu aje dia mampu buat. Cukuplah sekadar melihat dari jauh. Tak rugi apa pun. Matanya masih tak beranjak dari court basketball. Chanyeol masih bersungguh mengejar bola. Dari jauh dia boleh nampak, lelaki tu dah mula berpeluh dengan baju putih sekolah yang dipakai. Tali leher juga sudah dilonggarkan. Dibibirnya juga masih tak lekang dengan senyuman sambil bergurau dengan rakan sepermainan. Sesekali tawanya juga boleh kedengaran. Tanpa sedar Yeri mengukir senyum sendiri.
Namun senyumnya hilang tiba-tiba apabila terpandang sesusuk tubuh lelaki yang tengah berkejar di gelanggang basket ball bersama dengan Chanyeol. Macam dia kenal lelaki tu. Tapi tak mungkin dia muncul disini. Tak mungkin..
“Kyaa!!! Yeri!! Budak baru tu!!!,” Joy tiba-tiba menjerit disebelah. Nasib tak gugur jantungnya. Budak bertuah ni..
“Woi! Agak-agaklah nak menjerit tepi telinga aku kut ya pun,” Yeri merungut. Haru betullah budak seorang ni!
“Tu! Tu! Tengok tu! Budak sebelah Senior Chanyeol tu! Itulah budak baru yang aku cerita tadi,” Joy bersungguh sambil mata memandang ke tengah padang basketball.
Yeri mengangkat kening tak faham. Matanya cuba mencari gerangan yang dimaksudkan. Yang mana satu? Kat tengah padang tu ada tiga orang termasuk senior. Yang lagi dua orang tu dia cuba mentafsir. Seorang tu dia kenal. Teman rapat senior, Senior Yifan. Pelajar jurusan satera cina. Yang lagi seorang tu pulak wajahnya tak kelihatan sebab membelakanginya. “Budak baru? Budak baru mana pulak ni?,”
PAP!
Joy tepuk dahi Yeri sekali. Biar kasi sedar sikit. Tahulah baru lepas angau tengok senior kesayangan dia. Orang duk sibuk bercerita tadi boleh pulak dia tak dengar.  “Choi Hansol,”
“Huh?!,”
“Nama budak baru tu Choi Hansol,”




Yeri mengendang meja dengan jari-jemari kanannya. Manakala tangan kiri menongkat dagu sambil memandang keluar tingkap. Sesekali dia menjeling pandang pada teman semeja baru yang mengantikan Joy disebelah. Hansol masih lepak menyandar dengan muka tak berdosa. Agak-agak kalau aku bagi flying-kick sekali, boleh tak dia melayang sampai ke Afrika Selatan sana? Buat semak je duduk sebelah aku ni. Tiba-tiba mengaku aku kawan rapat dia depan kelas. Buang tebiat apa dia ni?
“Saya Choi Hansol. Dari Ilsan. Sila beri tunjuk ajar,” Hansol mengenalkan diri sesudah dia menapak masuk ke dalam kelas. Seisi kelas bersorak. Yeri di belakang tak berminat langsung nak turut serta dalam sesi berkenalan dengan pelajar baru tu. Baik dia tidur sementara cikgu subjek Matematik masih tak muncul dari tadi.
“Baiklah, kamu boleh duduk kat tempat kosong yang ada buat sementara waktu. Chen, sebelah kamu kosongkan?,” guru pengiring tu menyoal budak lelaki yang duduk dibahagian tengah dibarisan ke dua dari hadapan.
“Ha’ah,” Chen menjawab pendek.
“Kamu duduk-,” belum pun sempat guru wanita tu mengarah, Hansol dah menapak dulu ke barisan belakang di tepi tingkap.
Dia sengih dulu pada Joy. “Boleh saya duduk kat sini? Saya kawan rapat, Kim Yeri,”
Dan serentak itu seisi kelas bersorak. Joy jatuh rahang. Namun, dianggukkan juga kepalanya teragak-agak. Kemudian mengambil tempat di sebelah Chen yang masih kosong. Yeri dah mengangkat wajah. Dia berkerut seribu. “Zaman bila pulak kita ni kawan rapat?,”
Hansol sengih plastic. Beg sandangnya  digantung ke kerusi. Yeri disebelah masih berkerut tak puas hati. Aku rasa nak bagi backhand aje kat muka dia ni. Biar faham sikit apa tu menyemak!
“Madam!,” Yeri mangangkat tangan.
“Baiklah, Yeri nak jadi volunteer untuk tunjukkan tempat sekitar sekolah pada Hansol. Jadi, semuanya tak ada masalah, saya mintak diri dulu,”
“Huh?! Bila zaman pulak aku kata nak jadi volunteer ni? Aku nak suruh manusia ni tukar tempat je!!,” Yeri dah mula nak tarik rambut. Dia menjeling pada Hansol yang lepak memberi sengih nakal dibibir.  Buku  Peterpan dibawah mejanya ditarik keluar sedikit tanda mengertak. Yeri menjeling ke siling. Dia faham dengan isyarat tu. Kemudian kembali duduk sambil mengeluh. Pasrah dah!




“Apasal kau suka sangat buku Peterpan tu?,”
Yeri yang baru nak meneguk jus Twister ke mulut terhenti terus. Hansol disebelah ditoleh kemudiannya. Diorang lepak duduk di tepi padang lepas dah puas buat ‘lawatan’ tak berbayar satu sekolah. Kata Hansol kalau buat pusingan 30 kali pun satu sekolah ni, belum tentu melekat dalam kepala otak. Jadi daripada membuang masa, baiklah mereka melepak melepaskan lelah yang kononnya macam dah buat marathon 100 kilometer.  
“Kenapa kau nak tahu pulak?,”
Hansol masih tak berpaling. Namun dia menjungkit bahu. “Saja. At least boleh aku tahu apa yang seronok sangat baca cerita dongeng. Yelah..selama ni aku baca komik je. Mana pandai nak baca buku cerita zaman kuno tu,”
Yeri mencebik. Amboi, macam nak mengata aku yang kuno aje mamat ni! Macamlah komik segala bagai dia tu spesis zaman millennium kelas pertama.
“Buku tu nenek aku yang bagi. Hadiah birthday ke 12 tahun,” Yeri menutur perlahan. “So, buku tu ada sentimental value yang tinggi pada aku. Dan kaulah orang pertama yang berani merompak buku tu dari aku,”
Kening Hansol terangkat. “Merompak? Wow.Eloknya bahasa.. Hey, for your information cik kak, I’m the one who be your knight here, okay. Aku nampak buku tu terjatuh masa your mom duk angkut buku-buku nak buang dalam recyle bin. So, aku assume dia nak buang buku tu sekali tapi sebabkan aku rasa macam tak beradab nak ambik macam tu aje, jadi aku kejar dia mintak izin nak pinjam. Okay, aku ulang. P.I.N.J.A.M. Bukan R.O.M.P.A.K,” Seketul-seketul Hansol mengeja. Biar masuk sikit dalam lubang telinga.
Terangkat kening Yeri. Takkan ibu nak buang buku favorite dia pulak. Sedangkan ibu sendiri tahu, buku tu ada nilai yang tak terhingga pada dia. Takkan senang-senang ibu nak buang. Tak munasabah betul!
“So, sekarang kau nak tuduh ibu aku pulak? Kau sedar tak kau ni siapa? Kau tu bukan siapa-siapa pun pada aku. Jadi jangan cuba nak buat onar dalam hidup aku,” Yeri mengetap gigi. Geram. Lantas, dia bangun dari duduk namun baru saja mahu mengangkat kaki, lengan nya disambar dulu oleh Hansol.
“Sorry,” Hansol menutur perlahan tapi pandangannya ke tengah padang. “Aku takde niat nak sakitkan hati kau. Maaf..,”
Yeri mengeluh. Dia kembali mengambil tempat disisi Hansol. Dah terasa penat nak bertekak dengan mamat Hitler ni. Dari mula kenal yang tak berapa nak kenal tu sampailah sekarang, mereka berdua asyik nak bertengang urat. Kalau dia tak mahu, pasti ada saja akal Hansol nak buat dia kata ‘ya’ secara paksa. Atau lebih tepat lagi memaksa. Masing-masing membisu. Tak seorang pun mahu bersuara.
“Aku tahu susah kau nak tunaikan permintaan aku tempoh hari..” Hansol mematikan suasana sepi antara mereka. “Sebab aku tahu dalam hati kau ada orang lain,”
Yeri terkesima. “M-Mana kau tahu?,”
“Aku baca buku Peterpan tu. Tapi setiap satu helai muka buku tu diakhirnya mesti ada satu ayat luahan hati. Aku assume itu tulisan tangan kau. Jadi, tak hairanlah kalau kau beriya-iya nak balik buku cerita tu,”
“Kau dah baca buku tu?!,” Yeri menyoal tak percaya. Mampus!
Hansol mengangguk tanpa teragak-agak. “Ha’ah. Tapi muka surat pertama aje,”
Yeri muka lega. Nasib baru muka surat pertama. Masak aku kalau dia dah baca sampai muka terakhir. “I warned you, don’t try to read until the last page. Please. Kalau aku sanggup ikut permintaan kau, jadi aku nak kau sanggup jugak tak bukak buku tu. Sekali pun jangan. Deal?,”
Hansol koyak sengih nakal penuh makna. Tahu pun takut. Baru gertak sikit tu. Belum lagi aku kasi ayat sentap. Alamatnya terus melutut gamaknya.
“Okay, deal,”




“Coup!! I love you!!!,” Yeri jerit dari jauh.
“I love you too!!,” S. Coup yang baru lepas bermandi peluh kat skate park tu balas balik. Yeri sengih. Rajin betul si S.Coup ni melayan poyo dia.
Antara bebudak kat sekolah tu, S.Coup lah satu-satunya kawan paling dia rapat dari sekolah rendah. S.Coup ni perangainya selamba. Siapa-siapa pun mesti seronok berkawan dengan S.Coup ni. Orangnya pun ceria. Rajin juga buat lawak. Sama macam abang dia, Park Chanyeol tu. Cuma kalau nak kata muka tu memang tak sama langsung. Macam langit dengan bumi.. Kalau S.Coup ni lebih ikut muka mak dia. Tapi Chanyeol lebih mengikut muka ayah diorang. Jadi kalau disekolah pun takda siapa percaya yang si S.Coup ni adik kepada pelajar paling popular.
“Baby! Tunggu situ tau! I datang ni!!,” pesan S.Coup sambil berlari mendapatkan Yeri.
“Okay! Muah!,” Yeri hantar flying kiss pada S.Coup. Lelaki tu menangkap kemudian meletakkan ke dadanya. Yeri koyak sengih sebaris. Eleh, konon romantik la tu duk tangkap-tangkap macam tu! Poyo betul si Coup ni.
“Weyh, apa cerita? Dah lama aku tak nampak kau turun tengok aku main skateboard. Selalu tu ada je kau waktu-waktu macam ni,” kata S.Coup sebaik saja berdiri depan Yeri.
Yeri sengih sebaris. “Sorrylah. Aku busy sikit lately ni,”
Kening S.Coup berkerut. “Apa yang busy sangat kau ni? Dah naik pangkat jadi Secreatry White House ke apa?,”
Yeri ketawa perlahan. “Banyaklah kau punya secretary. Biasalah kerja sekolah bertimbun macam gunung, pastu projek paper akhir tahun lagi, mana nak kerja kuiz lagi. Ngahhh!! Serabut kepala otak aku,”
“Ye sangat lah kau tu. Dalam serabut-serabut kau tu pun, result exam kau gempak tahap puaka jugak. Lainlah aku ni. Kalau setakat kuiz tu aku pandai baling dadu je. Tembak je jawapan ikut suka. End up keluar result macam jahanam,”
Pecah ketawa Yeri kat tepi skate park tu.Petang tu cuaca agak baik kalau nak nak turun ambik angin petang. Sebabkan dia dah lama jugak tak turun ke skate park tempat selalu dia duk tengok budak-budak main skateboard kat sana, jadi sajalah dia singgah. Lagipun dari duduk mereput dalam bilik tak buat apa-apa, baiklah dia berjalan ambik angin macam ni. Adalah kurang sikit rasa stress dua tiga hari ni.
“Ey, kau dengan Kei macam mana? Lama tak dengar berita?,” Yeri saja mengalih topic perbualan. Tak nak serabut kepala otak nak fikir pasal sekolah.  Kalau tak karang si S.Coup punya merapu boleh kasi dia tertonggeng frust balik fikir pasal assignment sekolah.
“Dah break,” balas S.Coup ringkas. Yeri jatuh rahang.
“Dah tak payah nak buat muka poyo drama sangat. Tutup sikit mulut tu. Langau masuk dalam mulut tak sedar pulak karang,” S.Coup menegur selamba. Yeri cepat-cepat tutup mulut. Kurang asam betul budak seorang ni. Termalu aku!
“Apasal break?,” Yeri tanya pendek.
Sengih. “Tak seswaii,”
Yeri geleng kepala. Tak faham betul. “Apa yang tak sesuainya. Si Kei tu sikit punya lawa orangnya, pun kau kata tak sesuai. Apa kau mohon bidadari syurga turun ke langit ke Coup baru kau kata seswaii dengan kau?,”
“Lebih kurang spesis macam tulah,” S.Coup ketawa. Yeri Cuma mampu mengeleng kepala. “Yang kau tu duk sibuk tanya hal aku, apa cerita pulak dengan kau? Abang aku dah tau kau suka dia?,”
Ambik kau! Sikit punya terang S.Coup menyoal. Tak payah susah-susah nak bina ayat berlapik. Yeri geleng perlahan. “Tak lagi,”
S.Coup tepuk dahi. Aduh budak seorang ni… “Kalau aku kata lembap karang kau marah. Kau sedar tak dah masuk dua tahun kau pendam suka kau tu? Apa kau plan nak buat jeruk kimchi ke yang simpan lama-lama macam tu?,”
“Susahlah Coup. Benda kalau aku luahkan pun tapi aku sendiri dah tahu jawapannya, tak ke boleh kasi aku benam muka dalam tanah on-da-spot. Malu weii,”
Coup melurut rambut yang basah dek peluh ke belakang. “Kalau tak cuba mana nak tahu. Plus, even dia dah ada girlfriend pun-,”
Coup terhenti. Melihatkan air muka Yeri yang berubah tiba-tiba tu, buat S.Coup mengigit bawah bibir. Gaya macam orang dah…terlebih cakap. Tapi cepat aje dia memintas. “Yela, maksud aku senior-senior sekolah kita kan ramai perempuan, so, ramailah jadi peminat dia. Alah macam artis-artis tu lebih kurang,”
Yeri merenung tajam. Coup dah start mengarut ni.. macam ada something aje ni.
“Okay aku ciao dulu,” S.Coup cepat-cepat mintak diri.
Tapi Yeri sempat tarik tangan S.Coup dulu. “Eh, eh! Nanti jap. Yang kau cepat sangat nak pergi ni apasal? Tunggu jap,”
“Eh, apa ni Yeri? Aku nak balik ni. Nak tolong mak aku masak,” S.Coup dah mula mengelabah.
“Jangan nak kelentong aku. Tak pernah zaman kau masuk dapur tolong mak kau masak,” tegas Yeri.
“Tapi..aku…nak tolong gak. Tak baik Yeri, kau halang niat suci murni aku nak berbakti pada mak aku,” S.Coup nada merayu.
“Coup..,” suara Yeri bergetar amaran. Sambil tu ditenungnya mata S.Coup dalam-dalam.
“Alar, Yeri. Janganlah tenung aku macam tu. Tahulah muka aku handsome,” S.Coup sempat lagi buat lawak kering.
“Coup, are you hiding something from me?,” Yeri tanya terus terang.
S.Coup mengeleng laju.  Kemudian terus dia bukak langkah seribu. Yeri tersentak. Cacat betul si S.Coup ni..ada ke buat perangai lari tengah-tengah padang skate ni. Tapi jangan ingat kau boleh senang-senang nak lari. Aku pastikan aku kejar kau sampai hujung dunia. Iyargh! Berusahalah!
Sempat Yeri capai kolar baju S.Coup. Tercunggap-cunggap masing-masing mengambil nafas. “Wahai tuan hamba yang mulia, bicara kita belum selesai lagi,”
Yeri bukak bicara dengan bahasa acah-acah purba kala.
“Apa yang cuba engkau lakukan! Suka hati saja memengang beta. Beta jatuhkan daulat nanti, tulahlah engkau, pacar yang hina!,”
Uit? Ni yang tak tahan dengan budak seorang ni. Ingatkan aku sendiri dah cukup poyo dah. Rupanya dia lagi poyo.
“Coup..ceritalah ngan aku. Ek?,” Yeri cuba memujuk.
“Tak boleh, tak boleh. Aku tengah busy ni. Obama nak jumpa aku,” S.Coup selamba memberi alasan bodoh luar galaksi.
“Daripada kau bersubahat dengan presiden durjana tu, baik kau berborak dengan aku. Cuba kasi cerita sama aku,” Yeri pujuk lagi.
“Haish.. kau ni,” S.Coup mengalah juga. Kalau nak melawan si Yeri ni memang survival sikit. Kalau dia nak tahu satu benda tu, jangankan sampai ke lubang cacaing dia mencari, lubang jamban pun dia boleh.
“Cuba sambung ayat kau tadi. Nak juga aku dengar,”
S.Coup diam dulu. Cuba menyusun ayat. Karang buatnya silap cakap lagi, haru pulak jadinya. “Yeri, kalau aku cakap ni kau jangan terkejut eh..,”
S.Coup kasi suspen. Yeri telan liur dulu. Tak pernah dia tengok muka S.Coup serius macam ni. “Aku tahu kau pernah cakap kau suka abang aku. Tapi tu la kau. Suka sangat duduk dalam dunia fantasi kau tu. Realiti ni kau abaikan. Tahulah jiwa kau tu abstrak nak mampus..tapi wake up la, Yeri..,”
Berkerut-kerut muka Yeri nak fahamkan apa yang cuba S.Coup sampaikan. Tak satu pun dapat dia serap ke kepala otak sampai S.Coup melepaskan keluh kesal. Kali ni dia dah tak mampu nak berahsia lagi. Dia teruskan..
Dan kali ni apa yang keluar dari mulut S.Coup, Yeri tak sanggup nak dengar..
“Abang aku dah ada girlfriend la..,”




 “Ada je budak nak kena siku ni,” Hansol merungut sambil memandang ke tempat lain. Saja tak nak pandang muka Yeri. Biar bunyi macam menyindir sikit. Sambil tu matanya menjeling pada mangkuk Yeri yang nasinya masih tak luak dari tadi. Minah ni nak kena sekeh ni. Dari tadi duk terkuis-kuis nasi tu. Makannya tak jugak.
“Weyh, makan la! Dah naik kering aku tengok nasi dengan lauk kau tu. Karang yang nak kena bayar aku jugak,” jerkah Hansol.
Yeri mengangkat wajah. Dipandangnya muka Hansol. Namun masih tak bersuara.
“A-Amenda pandang aku macam tu? Tak puas hati? Nak gaduh ke?,” Hansol mengelabah. Takut pulak ada yang kerusi meja terbang melayang dalam restoran ni pulak karang. Haru!
“Hansol..,” Yeri memanggil. “Aku rasa aku nak belajar jatuh cinta pada kau,”
Sengih.

------

Satu persatu ruang barisan pameran cakera padat yang boleh disewa tu diterjah masuk. Dan dalam pada tu juga mata dan tangannya sibuk mencari dua buah filem animasi dari Disney yang dah melekat dalam kepala otaknya.
“Gotcha!,” ditariknya sekeping cd dari barisan-barisan cd diruang filem animasi tu. Hansol sengih sebaris. Dapat pun. Yang pertama dah dapat, yang kedua pulak. Matanya kembali melilau dibarisan kedua ruang pameran cd tu. Sambil tu mulutnya menutur tajuk cerita yang kedua. Takut terlupa. Almaklumlah, tak pernah tahu cerita tu wujud pun!
“Done!,” keinginannya tercapai. Tajuk kedua dah dapat. Kemudian segera Hansol ke kaunter untuk membuat proses peminjaman. Kalau nak diikutkan prosesnya sama saja macam buat peminjaman buku kat perpustakaan sekolah. Ada tarikh mula pinjam dan tarikh pemulangan. Kalau terlepas dari tarikh sepatutnya dipulangkan, denda bakal dikenakan pada si peminjam. Cuma bezanya antara pinjam buku dan sewa cd ni, setiap satu keping cd yang dipinjam bayaran sewa sebanyak 15,000 won akan dikenakan.
“Bro!,”
Suara seseorang menegur serentak buat Hansol menoleh.  Automatik dia tarik sengih segaris dibibir. “Hey, Chanyeol. Kau buat apa kat sini?,”
Chanyeol sengih. “Buat apanya..buat kerja la. Jaga kedai atok aku ni. Saja je lah tengah cuti-cuti ni aku tolong mana yang patut. Nak diharapkan adik aku tu, kau tahu jelah dia. Asyik dengan skateboard je memanjang. Mana nak join aku jaga kedai ni. Kau pulak?,”
“Tengah jual ayam,” selamba Hansol memberi jawapan dengan muka tak beriak.
Chanyeol dah terbelahak gelak tak cukup oktaf. Jawapan paling ‘cerdik’ dia pernah dapat bila tanya soalan command bila tegur orang kat kedai sewa cd ni. Luar galaksi sungguh!
“Dah la kau..Meh sini aku uruskan cd kau tu. Apa ke la ‘cerdik’nya jawapan kau..,” gelaknya masih bersisa. Namun, bila terpandang dua keping cd yang Hansol pinjam, dia terdiam. Chanyeol pandang muka Hansol. Adalah gaya macam tengok alien berdansa tengah padang bola sepak.
“Amenda?,” Hansol bertanya dengan kening sebelah terangkat.
“Peterpan dengan Tinkerbell? Kau dah buang tabiat ke apa, bro? Ke otak kau sakit?,”
“Saja. Tukar angin,” Hansol jawab ringkas. Tak nak cerita lebih-lebih.
“Ni bukan tukar angin biasa ni, bro. Taufan terus ni. Dah taubat tak nak tengok anime ke apa?,” sambil menguruskan proses peminjaman, mulut Chanyeol masih tak diam. Biasalah si Chanyeol ni, dia punya nak tahu tu boleh kalah inspector buat soal siasat dalam bilik gelap. Nasib ni kat dalam kedai sewa cd je. Kalau tak mahu berpeluh nak jawab satu persatu soalan dia.
 “Tak lah. Aku saja nak kaji apa yang best sangat tengok cerita Disney ni,” Hansol tarik dompet dalam poket seluar. Not kertas 10,000 won  dikeluarkan. Lantas, bertukar tangan. “Chan, aku dengar kau dah ada awek. Budak sekolah kita jugak. Siapa dia?,”
Hansol cuba tuka topic perbualan. Dah malas nak layan soalan-soalan siasatan tak berbayar si Chanyeol ni. Karang lagi melayan, dia punya panjang persoalan tu bolehlah penuh satu helai kertas kalau ditulis.
Chanyeol sengih malu-malu. Hansol menjeling ke siling. Ingat comel ke sengih macam tu?
“Budak kelas jurusan Kulinari dan Dessert. Alah..kalau aku cakap pun bukan kau kenal. Kau pun baru masuk sekolah tu. Dia budak senior sama macam aku,” Chanyeol mengaku.
Hansol cuma mengangguk faham. “Kalau aku ajak kau pergi dating kau nak tak?,”
Terangkat kening Chanyeol dengar soalan Hansol. Gila apa budak seorang ni? Terlebih paracetamol ke apa?
“Kau ingat aku gay ke apa, Han? Kejadahnya nak keluar dating dengan aku. Baru aku cerita aku dah ada awek.. Kau pun soal benda yang sama. Aku kata bangang karang, marah,” balas Chanyeol.
Hansol ketuk kepala Chanyeol dengan Cd ditangan. Boleh pulak ke situ dia ni. “Aku pun tak gila la nak ajak lelaki keluar dating. Aku normal lagi. Aku nak ajak kau dengan awek kau keluar dating dengan aku. Buat double date. Nak tak?,”
“Kau pun dah ada awek?? Cayalah, bro. Seketot-ketot kau ni pun boleh tahan jugak bab-bab couple ni. Aku on je. Hari apa? Kat mana?,” Chanyeol bertanya dalam teruja.
“Nanti aku roger kau. Okay?,”
“Cun!,” Chanyeol tunjuk dua thumb- ups. Dia menyengih lagi.




Ada empat biji semuanya. Biru, hijau, merah putih dan jingga. Yang biru tu bentuknya bulat. Macam biasa nampak. Yang warna hijau tu pulak bentuknya bujur. Macam biji kuaci pun ada jugak. Cuma besar sikit dari biji kuaci. Yang merah putih tu pulak bentuknya lonjong. Jenis sachet. Boleh letak dalam air terus kalau tak mahu telan. Dan yang terakhir warna jingga tu bentuknya petak. Macam gula-gula yang budak-budak suka makan tu.
Hmm..macam ubat hospital pun ada jugak.
“Apasal pandang macam tu?,” Hansol menegur lepas ditelannya pil-pil berbagai warna tu dengan muka berkerut menahan pahit rasa ubat. Ditangannya pula segelas cawan kosong yang isinya sudah habis diteguk dengan sekali nafas.
Sakit ke dia ni?
Yeri mengeleng. Pandangannya dikalih pada sekitar café tempat diorang duduk lepak lepas habis waktu sekolah. Pelik, selalunya ramai je orang kat Melancholic Café ni. Pandangannya beralih semula pada Hansol. “Ey, kau perasan tak..apasal café ni takde orang hari ni?,”
Hansol tengok sekeliling. Kemudian tak sampai seminit dia pandang Yeri balik. “Kau datang sini hari-hari ke?,”
Geleng. “Tak,”
Hansol sengih mengejek. “Ceh, ingatkan datang tiap-tiap hari yang nak bagi komen macam tu. Cuba tengok hujung sana tu..sana tu…sana tu pun..ada je orang. Mata jeling ke?,”
“Mana ada!,” Yeri mencebik. Eii! Geramnya aku!
Hansol ketawa perlahan. Buat la..buatlah muka macam tu. Lagi geram aku tengok. Geram sampai rasa nak..cubit-cubit aje pipi tu. Biar lagi comel.
“Dah makan cepat kek kau tu,” Hansol menyuruh dengan nada sedikit memujuk.
“Tak nak. Dah kenyang makan hati,” Yeri membalas. Mukanya masih mencuka.
Hansol mengeluh. Dah mula dah buat perangai… “Tak nak makan, jom balik. Kalau nak buat perangai balik sendiri,” kata Hansol sambil mencapai beg sandang dan bangun.
“Eh,eh! Ok,ok! Aku makan, aku makan. Duduk la dulu,” Yeri memujuk. Mak aih, tak padan dengan muka jambu tapi merajuk nombor satu. Buruk perangai!
“Kau kata tadi nak cakap something. Amendanya?,” Yeri suap kek ke mulut. Nikmat betul dapat makan Indulgend dalam cuaca panas-panas macam ni. Lagi sedap bila dapat minum dengan teh panas. Perghh!!
“Kau free tak sabtu ni?,” Hansol tanya sambil mata tak lekang pandang Yeri makan. Macam budak kecik makan kek la budak seorang ni. Comot sana sini. Dicapainya sehelai tisu. Lantas, hujung bibir Yeri yang comot dek coklat dilap lembut.
Yeri biarkan aje Hansol mengelap mulutnya yang comot. Adalah jugak gaya kebudak-budakkan dia nak muncul waktu sekarang ni. Kalau tak bila lagi..“Belah sini..Pastu, sini pulak,”
Hansol herotkan bibir. Mula dah poyo dia ni.. “Argh! Lap sendiri. Banyak cantik,”
Yeri menjelir lidah. Tak romantic langsung si Hansol ni. Kata suruh aku jatuh cinta dengan dia. Tapi bila masa nak romantic.. sikit punya susah. Spesis hati kering betul!
“Tak romeo langsunglah kau ni,” Yeri bersuara rasa tak puas hati dia. Sesudu kek dibawa masuk ke mulut lagi. Hansol sengih nakal.
“Kalau nak jadi Romeo bukan macam tu caranya. Tapi macam ni..,” Hansol bangun dari duduk. Lantas, dikucupnya bibir Yeri. Lama.
Yeri cuma terkedu. Sudu yang dipegang sudah jatuh ke lantai. Matanya membulat. Dan badannya kaku. Kerja gila apa pula yang dia buat ni??
Hansol melepaskan kucupan. Bibirnya mengukir senyum sebaris. Anak mata Yeri direnung dalam-dalam. “Aku tak nak jadi Romeo yang tinggalkan Julietnya. Tapi aku boleh jadi Kim Jo Won yang terima Gil Ra Im* seadanya,”
Yeri masih terkebil-kebil. Macam sedang bermimpi dikala waktu ini. Hansol bangun dari duduk. Beg sandang dicapai. Sebelum beredar, sempat dia meninggalkan pesanan yang berbunyi..
“Sabtu ni pukul 9 pagi, aku tunggu kat stesen bas depan perumahan kita. Pakai baju warna biru. Oh ya, aku suka tengok rambut panjang kau dibiarkan lepas. Kau nampak cantik,”
Dan dia berlalu pergi dengan senyuman dibibir.

*Watak-watak utama drama bersiri Secret Garden





Suasana sekeliling gelap. Atas bawah kiri kanan. Semuanya pekat gelap. Sampai Yeri rasa nafasnya sesak. Dia cuba berjalan mencari punca cahaya. Itu pun kalau ada. Dalam hati, dia tertanya juga. Di manakah tempat ni? Kenapa tak nampak sekeliling pun? Seiingat dia lepas mandi tadi dia cuma lelapkan mata sementara menunggu rambutnya kering. Jadi, kalau nak diikutkan logic akal, sepatutnya dia terjaga dalam bilik. Tapi sekarang..kat mana ni?
“Yeri,”
Dia dengar orang memanggil. Tapi suara tu dari arah mana? Jantung Yeri berdegup kencang. Sekencang pukulan drum bertalu-talu.
“Yeri,”
Suara tu memanggil lagi. Cuma kali ni terasa begitu dekat dengannya. “Siapa tu?!,”
Yeri berlari. Tapi untuk ke mana? Itu dia sendiri buntu. Cuma mengikut langkah kaki membawanya ke mana saja dalam suasana gelap gelita ni. Namun, langkahnya betul-betul terasa beratdi kala ini. Dia tercungap dan serentak menghentikan langkah kaki.
“Yeri,”
Suara tadi kedengaran lagi. Cuma kali ini dari arah belakang. Yeri menoleh. “Hansol..,”
Lelaki tu tersenyum. Senyuman bukan dari kebiasaannya. Kali ni Yeri nampak mukanya suci seperti ada aura yang dia sendiri sukar untuk mentafsir. Hansol pakai baju serba putih. Seluar juga warna yang sama. Rambutnya pendek menutupi dahi yang luas tanpa sebarang gel rambut seperti kebiasaanya dengan gaya rambut kemas yang disisir ke belakang. Dalam senyum tu Hansol hulur tangannya tanpa bersuara. Yeri menyambut. Sejuk. Tangan Hansol terasa sejuk seperti baru lepas keluar dari peti sejuk beku. Hansol tarik Yeri ke suatu arah. Dari jauh dia nampak ada satu cahaya menerangi jalan mereka. Makin mereka dekat, makin dia nampak Hansol seperti hilang sikit demi sedikit. Langkahnya terhenti. Dia pandang Hansol. Terasa lelaki tu bakal meninggalkannya.
“Hansol..jangan..,” hatinya terasa sebak tiba-tiba. Tubir matanya mula bergenang air mata. Dah kenapa aku rasa macam ni? Apa semuanya ni?
Hansol tersenyum lagi. Dia peluk Yeri. Kemudian membisik sesuatu ke telinga Yeri.
“Darling, life is fairytale. But to see it..you must open your eyes, ”
Dan dia menghilang.

“Hark!,” Yeri terjaga. Pandangannya pada siling bilik. Jantungnya berdegup kencang. Serentak tu dia bangun dari baring. Selimut ditarik rapat ke dada. Peluh yang memercik ke dahi dibiarkan mengalir. Dia memandang ke luar tingkap. Malam masih bertamu. Dia mengurut dada. Dalam diam terasa sedikit bersyukur sebab semua tu hanya mimpi. Dalam pada tu ayat Hansol versi mimpi tu masih terngiang di telinga.
“Darling, life is fairytale. But to see it..you must open your eyes, ”
“Ngee..tak nak fikir,” Yeri tolak selimut ke tepi sebelum bangun turun dari katil. Langkahnya diatur ke tingkap bilik. Bulan malam ni penuh sampai cahayanya menerjah masuk ke segenap ruang biliknya ditingkat satu rumah teres kos sederhana di bandar Seoul tu. Pandangannya menarik pada tingkap bilik jiran sebelah. Atau  lebih tepat lagi tingkap bilik Hansol yang kedudukannya setentang dengan biliknya. Lampu biliknya masih bernyala. Yeri menjeling jam di dinding. Tepat pukul 12 tengah malam. Tak tidur lagi ke Hansol ni?
Tiba-tiba langsir tingkap bilik tu diselak. Yeri terkejut. Cepat-cepat dia mengalih pandang pada langit malam. Buat-buat macam mengira bintanglah kononnya.
“Oit, cik kak. Tak payah nak pura-pura sangat… nanti orang kata ada perempuan gila malam-malam duk kira bintang kat langit,” selamba Hansol menyindir.
“Suka hatilah..sebokk!,” Yeri membalas. Dan macam biasa dia menjelirkan lidah.
“Aik? Emo pulak hari ni? Angkasawan ke?,” Hansol menyoal.
Yeri bagi pandangan pelik. “Angkasawan?,”
Dia sengih. “Datang bulan,”
Serentak Yeri terbelahak gelak tak cukup oktaf. Langsung tak jadi nak merajuk. Hansol terus menyengih. Sekuat mana dia menyindir, sekerap itu jugalah dia buat Yeri ketawa dan tersenyum. Sebab tu walau tak sampai sebulan berkenalan, Yeri rasa cukup selesa nak berkawan dengan Hansol. Walaupun latar belakangnya masih misteri bagi Yeri.
Setakat yang dia tahu, Hansol anak lelaki mak cik jiran sebelah yang baru berpindah ke perumahan tu sebulan yang lalu. Ibunya pulak dengar cerita seorang pekerja berpangkat tinggi di Kementerian Kesihatan Korea. Jadi, agak sibuk menguruskan hal sendiri seharian. Sebab itu sampai hari ni, Yeri tak pernah berjumpa dengan ibu Hansol walaupun duduk berjiran. Kata Hansol selain ibu, dia ada seorang adik. Tapi adik dia duduk dengan ayah sebab ibu dan ayahnya dah bercerai. Dan setahu dia lagi, Hansol selalu duduk bersendirian di rumah.
“Betul ke?,” Hansol bertanya memecahkan konsestrasi Yeri pada bintang dilangit. Kononnya!
“Apa yang betul?,” Yeri tanya balik.
“Betul ke angkasawan?,”
Yeri menjeling. “Hish!,”
“Betullah tu,” Hansol menyengih lagi. Provokasi betul!
“Salah!,”
“Habis tu, kenapa emo?,”
“Kau ingat sebab hormon je ke perempuan emo? Boleh jadi jugak sebab lelaki salah cakap,” Yeri membalas.
“Oo..sebab aku salah cakap lah ni?,”
Yeri mengeluh. Kemudian menarik sengih plastik. “Kau kalau tak buat aku sakit hati sehari tak boleh kan? Eii…geram betul,”
Hansol ketawa kecil. Suka betul tengok muka dia marah. Lagi bertambah comel. “Ey, cik kak. Kalau aku ajak kau tengok movie kau sudi tak?,”
Kening Yeri terangkat. “Movie? Buang tabiat ke apa nak tengok movie malam-malam buta ni? Mana ada transport dah nak pergi wayang waktu macam ni,”
Hansol sengih. “Bila masa pulak aku nak ajak kau pergi wayang? Aku nak ajak kau tengok movie dengan aku,”
“Habis tu kat mana?,” Yeri menyoal.
“Rumah aku,”
“Ha??,”





“Antara Tinkerbell dan Wendy, aku lebih prefer Tinkerbell. At least bila Wendy tinggalkan Neverland, Tinkerbell ada untuk temankan Peterpan,” Yeri bersuara memecahkan konsestrasi mereka berdua menonton filem animasi Peterpan dari Disney tu.
“Maksud kau?,” Hansol bertanya namun pandangannya masih pada kaca televisyen.
Yeri mengeluh. Senyum sedikit supaya keluhan tak bunyi begitu berat. “Setianya Tinkerbell tu pada Peterpan sebab dia dah jatuh cinta. Title sebagai kawan karib tu cuma alasan. Kau nampak tak macam mana jealous nya Tinkerbell masa Peterpan menari dengan Wendy. Masa tu dia terasa dipinggirkan. Tapi sampai satu masa, bila Wendy pergi tinggalkan Neverland..yang masih setia dengan Peterpan adalah Tinkerbell. Wendy, Michael, John dengan The Lost Boy semua dah tinggalkan dia. Jadi yang masih setia disini adalah Tinkerbell,”
Hansol mengalih pandang pada skrin tv kearah Yeri disebelah. Mereka lepak duduk diatas katil di bilik Hansol sambil menonton filem animasi Peterpan yang Hansol pinjam petang semalam. Yeri naik ke biliknya dengan menggunakan tangga panjang yang sama masa dia cuba nak buat cubaan menceroboh masuk ke bilik Hansol sebulan yang lalu. Di skrin televisyen, Peterpan sedang sibuk melawan Captain Hook yang telah menculik Wendy.
“Tapi kau kena ingat satu benda,” pandangan Hansol kembali pada skrin televisyen. “Dalam mata Peterpan tu cuma ada satu – Wendy,”
Yeri terkedu. Kemudian mengangguk perlahan. Dia setuju dengan kenyataan tu. Sangat setuju. “Sebab tu aku tak pernah berharap Chanyeol suka kat aku,”
Yeri menutur separuh berbisik. Hansol masih kushyuk di skrin televisyen. Tak dengar barangkali.
“Tapi aku rasa tak salah kalau Peterpan dan Tinkerbell jadi kawan karib pun. Banyak jugak benda yang diorang boleh kongsi yang Wendy tak tahu. Kan?,”
Oh? Dah mula pandai memujuk? Selalunya tahu menyindir aku je budak seorang ni. Apalah yang dia telan tadi ni..
Yeri sengih sebaris. Dia menyandar ke kepala katil sambil memeluk bantal. “Bila aku tengok cerita Peterpan ni balik.. Aku kalau boleh nak hidup dalam dunia fantasi je. Ada tempat macam Neverland. Ada kawan macam Peterpan. Dan boleh terbang macam Tinkerbell. Hidup bahagia sepanjang masa. Dan tak perlu membesar menjadi orang dewasa. Kalau kuasa magik tu wujud, aku nak mintak supaya kekalkan aku begini,”
“Kau tahu ke apa rasanya hidup kekal macam ni tak berubah apa-apa?,” Hansol menyoal.
Geleng. “Tak. Tapi at least aku tahu aku tak payah serabut fikir pasal itu ini. Hanya dengan dunia aku je,”
Hansol sengih senget. Fikiran budak-budak. Tak matang langsung!
“Tak semudah tu cik kak oi~. Easy to said but hard to face,” Hansol ketawa. Dan kembali menyambung. “Remember this thing…,”
Hansol pandang Yeri. Yeri pandang Hansol balik. “Life is fairytale. But to see it, you must open your eyes,”
Dan tiba-tiba, entah macam mana Yeri teringat satu bahagian dalam mimpinya…
Masa Hansol peluk dia dan bisik ayat yang sama,
“Darling, life is fairytale. But to see it..you must open your eyes, ”
Serentak darah menyerbu naik ke muka. Cepat-cepat dia mengalih wajah ke arah lain. Malu bila teringat balik mimpi tu.
Hansol pulak tanpa sedar mengoyak senyum sebaris. Namun, senyumnya hilang bila kepala terasa berdenyut tiba-tiba. Dia memengang kepala. Sakitnya datang semula. Cuma kali ni terasa macam nak pecah aje kepala dia. Hansol bingkas bangun mencari botol ubat dalam laci.
Yeri cuma memerhati. Dah kenapa pulak dia ni? Tadi elok aje gelakkan aku. Ni dah macam orang hilang akal pulak. Cari apa entah?
“Kau kenapa Hansol? Cari apa?,” Yeri menyoal dalam nada risau.
Hansol tak menjawab. Tapi masih sibuk menyelongkar laci meja studinya. Sebiji botol putih dibawa keluar. Kemudian isinya ditongeng ke tapak tangan. Serentak tu ditelannya dengan sekali nafas.
Yeri terkejut. Laju dia bangun mendapatkan Hansol. “Woi! Gilalah kau ni! Berapa biji kau telan? Ubat apa tu?,”
Hansol terduduk di kerusi studi. Matanya kuyu. Wajahnya berpeluh. Tapi dia senyum. Cuma kelat sikit. “Ubat untuk hidup,”
Kening Yeri berkerut. “Ubat spesis apa tu? Tak pernah dengar pun,”
Dalam sakit-sakit tu Hansol cuba ketawa jugak. Tak nak nampak sangat macam orang sedang tahan sakit.  “Budak kecik yang hidup dalam fantasi macam kau ni mana tahu benda-benda macam ni,”
“I’m not a kids,” Yeri membalas.
“Yes, you are..Tinkerbell,” Hansol menutur perlahan. Tapi sudah cukup untuk buat Yeri dengar.
“Tinkerbell?,”
“Yes. You’re my Tinkerbell,”
Senyum.




Yeri tengok jam. Dah pukul 9.30. Mana ntah dia ni? Kata jumpa kat stesen bas ni pukul 9. Ni batang hidung pun tak nampak. Ipod dalam poket dibawa keluar. Headphone juga dibawa ke kepala. Serentak tu lagu Love yourself-Justin Bieber mula mengisi deria pendengarannya. Sambil tu bibirnya turut sama melagu tanpa suara.
All the times that you rain on my parade
And all the clubs you get in using my name
You think you broke my heart
Ohhh girl for goodness sake
You think I'm crying
Oh my ohhh, well I ain't!

And I didn't wanna write a song
'Cause I didn't want anyone thinking I still care, I don't
But, you still hit my phone up
And baby I be moving on

And I think you should be somethin' I don't wanna hold back
Maybe you should know that
My mama don't like you and she like's everyone
And I never like to admit that I was wrong
And I've been so caught up in my job
Didn't see what's going on
But now I know
I'm better sleeping on my own
'Cause if you like the way you look that much
Ohhhh baby you should go and love yourself
And if you think that I'm still holdin' on to somethin'
You should go and love yourself

When you told me that you hated my friends
The only problem was with you and not them
And every time you told me my opinion was wrong
And tried to make me forget where I came from

And I didn't wanna write a song
Cause I didn't want anyone thinking I still care, I don't
But, you still hit my phone up
And baby I be moving on
And I think you should be somethin' I don't wanna hold back
Maybe you should know that
My mama don't like you and she like's everyone
And I never like to admit that I was wrong
And I've been so caught up in my job, didn't see what's going on
And now I know, I'm better sleeping on my own

'Cause if you like the way you look that much
Oh baby you should go and love yourself
And if you think that I'm still holdin' on to somethin'
You should go and love yourself

For all the times that you made me feel small
I fell in love now I fear nothin' at all
I never felt so low when I was vulnerable
Was I a fool to let you break down my walls?

'Cause if you like the way you look that much
Ohhhh baby you should go and love yourself
And if you think that I'm still holdin' on to somethin'
You should go and love yourself
Sedang dia asyik, tiba-tiba muncul sepasang kaki berdiri tegak dihadapannya. Dia mengangkat muka. Hansol riak selamba. Macam tak ada apa-apa jadi. Walhal, dia tahu dia lewat. Dan terang tang-tang mungkir janji. Yeri melurut headphone ke leher. Mukanya masam mencuka.
“Ingat dah undeground,” Yeri menyindir.
“Taklah. Undersky je,” Hansol sengih. Dia tarik tangan Yeri. Kemudian mengatur langkah mengikutnya. Yeri tak banyak bunyi namun cuma mengikut. Bas bernombor 405 dinaik. Hansol masih pegang tangan Yeri. Kad prabayar dikeluarkan dari poket seluarnya. Dia sentuh kad tu dua kali. Kemudian mengambil tempat disebelah tingkap.
“Kita nak pergi mana ni?,” Yeri menyoal setelah sekian lama membisu.
 “Rahsia,” Hansol bawak jari telunjuk ke bibir. Kemudian dia sengih. “Oh, by the way, cantik baju. I like the color,”
Yeri pandang pelik. Dah kenapa? Bukan haritu dia yang bagi arahan suruh pakai baju biru. Ni kes amnesia ke apa? Yeri pandang Hansol. Rambutnya dibiar menutupi dahi dan dikemaskan sedikit dengan gel rambut. Dia pakai kemeja warna biru. Sama macam Yeri pakai. Seluar pendek paras lutut dan berkasut Converse putih. Yeri pandang diri sendiri. Dia juga menyarung kemeja biru dan berskirt paras lutut warna biru gelap. Menyarung Wedges putih Converse. Yeri rasa nak tergelak. Tak pernah hayat dia berangan keluar berdatingpakai konsep couple macam ni. Tapi comel jugak kalau nak diikutkan. Dan sepanjang berada dalam bas tu, masing-masing tak bersuara. Selalunya kalau Yeri tak bersuara, Hansol dah mula menyindir-nyindir. Tapi kali ni dua-dua senyap. Tak tahu apa masing-masing fikir. 
Ting!
Bunyi loceng bas berbunyi menandakan ada penumpang mahu turun. Yeri menoleh pada Hansol. Oh, dia rupanya.
“Jom,” Hansol tarik tangan Yeri. Mereka sama-sama turun dari bas. Yeri pandang sekeliling. Laa.. ni macam Lotte World je.
Yeri mengalih pandang pada Hansol. Kemudian pada ergelangan tangannya yang masih erat digenggam Hansol. “Agak-agak bila kau nak lepas kan tangan aku ni?,”
Hansol geleng. “Tak nak lepas. Nanti kau hilang. Kau kan Tinkerbell aku,”
Yeri menepuk dahi dan mengeleng. Gaya macam orang putus harapan. Ceh! Drama betul! “Dah terlebih tengok Peterpan kau ni..,”
Hansol sengih lagi. Matanya melilau pada sekeliling mencari sesuatu. Dan matanya terhenti pada sesuatu. “Woi! Chanyeol sini!!,”
Yeri terkejut. Chanyeol? Senior Chanyeol? Dari tempat mereka berdiri, dia nampak Chanyeol memengang tangan seorang wanita sambil berlari anak kea rah mereka berdua. Yeri terkedu. Memang betul senior Chanyeol. Matanya tak silap.
“Bro! Sorry lambat,” kata Chanyeol sebaik saja berdiri di depan mereka.
Hansol meluku kepala Chanyeol sekali. Perempuan disebelahnya ketawa kecil. Chanyeol mengosok kepala. “Sakitlah bendul..Oh, ya. Kenalkan ni Wendy. Awek aku,”
Wendy tunduk hormat. Hansol dan Yeri turut sama membalas. Kemudian Chanyeol pandang Yeri. Lama ditenungnya. Gaya macam kenal. “Awak ni budak perempuan yang jatuh basikal tepi jalan yang saya kendong sampai hospital dua tahun lepas. Kan?,”
Yeri terkedu. Tak sangka dia ingat lagi insiden dua tahun lepas. Ingatkan dia seorang saja yang tak boleh lupa insiden tu. Hansol pandang Yeri pelik – kali ni nampak macam ikhlas aje peliknya. “Korang kenal ke?,”
Chanyeol mengangguk laju. “Ha’ah. Kitaorang jumpa dua tahun lepas. Masa tu aku jumpa dia ni terbaring tepi jalan dengan luka-luka macam kena langgar. Pastu, aku kendonglah dia sampai hospital. Nasib tak jauh. And then now, we are here again,”
Yeri masih diam membatu. Hansol dan Wendy mengangguk faham. Bertuah punya Hansol! Tak cakap nak keluar buat double date macam ni. Lagi kasi aku berasap bila pasangan lagi satu tu, senior-senior aku sendiri. Nak kena backhand budak ni..
 “Oh, ya. Cik Wendy. Nama saya Hansol. Dan sebelah saya ni, Yeri,”
“Saya Wendy,” Wendy mengangguk faham. Dia mengukir senyum sebaris.
“So, lads. Kita nak mulakan yang mana satu ni? Aku vote Haunted House,” Chanyeol menyuara pendapat.
“Roller coaster!,”
“Solero!,”
Hansol dan Wendy memberi cadangan. Dan kemudian tiga pasang mata memandang Yeri serentak.
Yeri sengih. “Aku vote Mary-Go Round,”
“Coi!!,”



“Based on experiment, PTP1 supposedly can make it until the body turn to 20 years old. But based on the current result…I don’t think so he will make it unless he consume with the ‘stopping’ pills. But that’s only efffect in a short period..,”
Slide di paparan skrin 40 inci tu bertukar ganti. Setiap satunya mempunyai maklumat terperinci dari uji kaji terkini yang dilakukan ke atas PTP1. Setiap tingkah laku dan rutin hariannya di rekod. Jadi dari situ maklumat dikumpul.
Dia mengigit bibir bawah. Tak mungkin perkara ni boleh terjadi. Tak mungkin… “Then, berapa lama lagi dia boleh bertahan?,”
Lelaki tinggi lampai berkaca mata persis Harry potter tu mengalih pandang pada skrin. “I can estimated around 3 month and a half if his condition getting worst,”
“How come it be like that?!,” suara wanita tu meninggi. “That’s too short!. I don’t believe it. You said he can be normal kids before. Why..why..,”
Air mata yang ditahan mengalir ke pipi. Dia terduduk ke lantai. “It’s all my fault..I should not bring him here 10 years ago..I should not..That’s all my fault..my fault..I’m sorry..,”

10 tahun lalu…
“Don’t go anywhere. Tunggu mama kat sini,” dia memberi arahan pada anak lelakinya yang berusia 7 tahun tu. Budak lelaki tu cuma mengangguk faham. Lalu bergegas ke makmal uji kaji di bilik 1 mencari dokumen yang ditinggalkan tempoh hari.
Oh, Madam Jung. Buat apa kat sini? Supposedly you got off for today. Right?,” seorang lelaki tinggi lampai berjubah putih makmal yang kebetulan bertebung dengannya di pintu masuk tu menegur.
Puan Jung tersengih. “Oh, hey..Yifan. I tertinggal dokumen pasal experiment Peterpan semalam. Tu yang datang balik hari ni,”
“Wow, so commited ha.. get a life la, madam. Bercutilah dengan seronoknya..,” Yifan menutur dalam pelat cinanya. Puan Jung ketawa kecil. Wu Yifan atau lebih popular dikenali sebagai Prof. Wu tu adalah antara profesar termuda di Jabatan Sains dan Uji Kaji tu. Memengang title sebagai doctor falsafah pada umurnya genap 21 tahun. Boleh juga dikategorikan sebagai seorang yang genius.
“Madam Jung! Your son!,” seorang wanita tiba-tiba menerpa ke arahnya dengan nafas tercunggap. Lantas, Puan Jung berlari ke makmal 2 dimana dia tinggalkan anak lelakinya disitu. Sesampainya dia disitu, anak lelakinya sudah terbaring di atas lantai dengan dikerumuni lima orang petugas makmal.
“What’s going on?,” Puan Jung mengelabah.
“He stuck in the Peterpan capsule about two-five minutes,” seorang petugas melapor. Puan Jung terkejut. Dia mengalih pandang pada pintu kapsul yang terbuka dan kesan gas berterbangan disekitarnya. Sepatutnya kapsul tu menjadi alat uji kaji terbarunya. Dimana dia cuba mencipta pada era teknologi canggih ni, penuaan manusia boleh dikawal dan sekali gus mengurangkan kadar kematian akibat sakit tua dengan kajian yang dipanggil sebagai Peterpan Cure. Namun, apa yang diimpikan menjadi sebaliknya..
“PTP1 will be a normal boy but…the body will remain younger except his mind and soul,” Yifan menerangkan setelah sebulan kejadian tu berlaku.
Puan Jung berkerut. “What do you meant?,”
Yifan menekan maklumat di skrin computer dihadapannya yang diperoleh dari hasil pemeriksaaan ke atas tubuh anak lelaki puan Jung yang dilabel sebagai PTP1. “Disebabkan terhidu gas Peterpan tu terlalu lama kesan pada otak dan jiwanya akan kekal pada umur yang asal. Tapi tumbesaran tubuhnya akan terbantut dan mengalami perbezaan sebanyak tujuh tahun lebih muda dari umurnya. Dan…,”
“Dan apa?,” Puan Jung bernada risau.
“This thing will cut his period of life to short. I meant.. he will die soon,”
“No! You lier!,”
Yifan tertunduk. “I’m sorry, Madam,”

Dia memeluk Puan Jung yang sudah dianggap seperti keluarganya sendiri. Belakang wanita tu diusap lembut. Esak tangisnya masih kedengaran. “Saya akan jaga dia, madam. I’ll promise you,”




“Nah,”
Hansol menghulur secawan kertas berisi.Yeri mendonggak setelah sekian lama dia menyepi seorang diri lepas dah habis diorang berempat pusing satu taman tema Lotte World tu. Chanyeol dan Wendy tengah sibuk buat photoshoot tak berbayar kat bawah pokok sana. Dia dan Hansol cuma lepak memerhati dari bangku di taman tak jauh dari situ. “Aku tak minum kopi,”
Hansol sengih. “Tau dah. Budak kecik mana minum kopi. Chocolate ice la..,”
“Oh, thanks,” Yeri menyambut kemudiannya. Cawan kertas tu bertukar tangan. Hansol melabuhkan punggung di sebelah Yeri. Ditangannya memengang secawan kola sejuk.
“Orang yang kau suka tu Park Chanyeol kan?,” Hansol menyoal tapi memandang kea rah Chanyeol dan Wendy yang tengah bergelak sakan kat bawah pokok sana.
Yeri tak menjawab. Dia diam. Cawan berisi Coklat ais tu diletakkan ditengah antara dia dan Hansol. Hansol juga letak kat tempat yang sama.
“Diam tandanya ya. Dari tadi aku boleh nampak kau asyik pandang Chanyeol. Aku bercerita pun kau tak ambik kisah sangat,”
Uit? Jealous ke? “Maaf. Aku just pandang dia sebab aku suka tengok dia gelak. Aku rasa happy kalau dia pun happy. Lagipun, Kak Wendy tu pun baik je aku tengok orangnya. Tak lah sombong. Sesuailah pun diaorang berdua,”
“Oh..ni gaya macam dah boleh move on lah ni. Bagus! Lepas ni mata tu pandang aku seorang je. Jangan berani-berani pandang lelaki lain,” Hansol memberi arahan. Menyengih lagi.
Yeri mengeleng tapi senyum. Dia mencapai cawan berisi ais coklat disebelah sambil tersenyum memerhati pasangan dua sejoli yang masih asyik ber’selfie’ kat bawah pokok sana. Tanpa teragak-agak dia capai dan minum.
“Eh…!,”
Tak sempat Hansol menghabiskan teguran, Yeri dah tersembur dulu apa yang dia minum. Orang sekeliling pandang. Pak Cik guard jaga kawasan situ tersenyum simpul.
“Ewww! Air apa ni? Pahit!,” Yeri menyapu mulut yang masih bersisa.
“Siapa suruh minum!,” Hansol membalas tapi gaya macam menahan gelak.
“Air apa ni?,”
“Kopi. Two shot,” Hansol senyum lagi. “Nak lagi ke?,”
Yeri mengeleng laju. “Oo, tak nak. Pahit,”
“Setiap yang bawa nikmat tu mesti ada yang pahitnya,” dia menyengih lagi.
Yeri dah mula rasa kalau tak nampak Hansol ni senyum sehari, mungkin tak lengkap hari dia. Oi? Jatuh cinta ke?



Dalam masa tiga bulan yang penuh dengan macam-macam karenah dan cerita, sedikit sebanyak Yeri dah mula rasa suka pada Hansol. Tak lah rasa angau lagi ke apa..Cuma kadang-kadang tu dengan automatiknya dia boleh tersenyum sendiri bila teringat Hansol ketawa.
“Yeri, mana Hansol?,” Joy bertanya membuatkan Yeri terjaga dari lamunan. Dia pandang kerusi kosong di sebelah. Baru perasan Hansol tak datang sekolah lagi.
“Dia tak datang lagi?,” Yeri tanya balik.
 Joy dah buat muka pelik. “Aku tanya kau..kau tanya aku balik. Kau yang rapat dengan dia. Manalah aku tau..,”
Yeri garu kepala. Kenapa pulak dia tak datang sekolah hari ni? Sakit ke? Demam ke? Atau terlewat bangun..Tapi tak mungkin. Sebab si Hansol tu spesis otai tapi skema. Muka dia cuak aje bila masuk kelas lambat. Atau dalam erti kata lainnya..weirdo!
Hari tu sepanjang sesi persekolahan, mood Yeri untuk belajar sudah terbang melayang entah ke mana. Dalam masa tujuh jam waktu sekolah, dia asyik fikir pasal Hansol. Resah gelisah dia satu hari tu. Balik sekolah dia tak terus masuk rumah tapi pergi panjat naik tangga ketuk tingkap bilik Hansol.
Knock! Knock!
“Hansol! Kau ada kat dalam tak?,” Yeri melaung sambil tu tangannya masih sibuk mengetuk tingkap bilik.
Senyap.
Tak ada sahutan dari dalam. Muka Yeri berkerut. Tidur ke mamat ni? Arghh!! Tak peduli. Aku nak jumpa kau jugak..Hiyak!! Berusahalah!!
Yeri tolak pintu tingkap bilik Hansol tu. Nasib tak berkunci. Dia menjenguk kepala dulu. Tengok line clear ke tidak, baru dia panjat masuk. Yeri pandang sekeliling bilik. Sunyi. Tak ada orang.
“Hansol,” Yeri cuba memanggil. Kut lah dia ada dalam bilik mandi ke..tengah main sembunyi-sembunyi ke..mana tahu? Hansol tu perangai tak boleh predict. Sekejap karang dia serius. Lepas tu karang bergelak sakan. Tak faham betul!
“Hargh…hargh..hargh..,”
Yeri tersentak. Dia dengar macam orang tarik nafas tercungap-cungap. Matanya melilau mencari punca. Dari tempat dia berdiri, matanya menangkap sesusuk tubuh lelaki tengah terduduk dengan bahu terhinjut mencari nafas. Dan lelaki tu mendongak memandang Yeri.
“Hansol!,” dia mendapatkan Hansol. “Kenapa kau ni? Aku panggil ambulans,”
Baru aje Yeri mengeluarkan telefon bimbit dari poket, Hansol sempat menghalangnya dulu. Dalam nafas yang dah mula sesak, peluh dah mula mengalir, dan juga mata yang mulai merah, Hansol cuba bangun. Yeri kaget tapi dia cuba juga untuk membantu.
“Hansol apa dah jadi dengan kau ni? Kau sakit apa?,” Yeri dah mula nak menangis. Dia nampak muka Hansol dah pucat lesi. Peluh juga mengalir tanpa henti. Terdetik juga dalam hati dia, dah berapa lama dia tahan sakit seorang-seorang macam ni?
“Ye..ri..ubat..ubat..ak-,”
Buk!
Tak sempat Hansol menutur, dia dah terkulai layu di atas lantai.
“Hansol!!,” Yeri bertambah kaget. ”Ya, tuhan! Nak buat apa ni??”
Tanpa sedar air matanya dah laju berjurai turun ke pipi. Sumpah, dia tak tahu nak buat apa dah waktu-waktu macam ni. Terasa diri sendiri bodoh sebab tak mampu nak tolong orang yang dia sayang.
“CHOI HANSOL!,”
Sekali lagi Yeri terkejut. Yifan dah meluru masuk. Lantas, Hansol dikendongnya ke luar rumah. Riak wajahnya risau. Yeri terkebil sendiri.
 “Yeri, bukakan pintu kereta untuk saya,” Yifan memberi arahan. Yeri cuma mengikut. Hansol dibaringkan di seat belakang. “Yeri, awak ikut sekali,”
Yeri yang masih tak tertanya, cuma mengangguk setuju. Kepala Hansol dialaskan pehanya sendiri. Tangan kanannya menyentuh dahi Hansol. Panas. Demam panas barangkali.
Yifan dihadapn memandu selaju yang mungkin dengan kereta Mini Coopernya ke makmal. Dalam waktu yang suntuk begini, segala lampu isyarat dirempuhnya sesuka hati. Lantaklah pasal saman tu. Yang tu nanti boleh dibayar. Kalau bab nyawa tiada harga untuk itu!
Dalam pada tu, Yeri tak henti berdoa. Hansol, jangan tinggalkan aku macam ni..Banyak benda aku tak sempat cakap lagi dengan kau..Tolonglah bertahan..
“Aku sayang kau, Hansol..,”



Yeri melangkah masuk ke dalam makmal kajian tu. Sekelilingnya penuh dengan wayar sana sini. Lampu yang terpasang juga berwarna biru. Diruang tengah makmal tu, Hansol terbaring layu. Ditubuhnya dipasang pelbagai jenis dan warna wayar. Yeri tak sanggup nak tengok. Tapi kakinya digagahkan juga untuk melangkah. Air mata yang tertahan juga berjurai jatuh ke pipi. Dia pandang Hansol. Wajahnya pucat. Yeri capai tangan Hansol. Lalu digenggam erat seperti tak mahu dilepaskan. Terngiang lagi ditelinganya apa yang baru lepas didengar sebentar tadi..
“Puer aeternus,” Yifan memberitahu. Mama Hansol duduk disebelahnya. Wanita tu cuma membisu. Takde riak terkejut langsung pada wajahnya. Seperti sudah mengetahui keadaan anaknya.
Yeri berkerut. Penyakit spesis apa tu? Tak pernah dengar pun. “Penyakit apa tu?,”
Yifan membetulkan letak cermin mata dipangkal hidung sebelum menyambung bicara. “Sebuah mythology yang mengambarkan seseorang yang kekal muda secara physcology. Tapi dalam situasi Choi Hansol ni, kami disini mengelarnya PTP1 - Peterpan Puer 1. Keadaan terbalik dari situasi sepatutnya. Secara kajianya penyakit ni cuma menganggu pertumbuhan minda bukan pada fizikalnya. Tapi, pada kes Choi Hansol ni, keadaan yang terjadi sebaliknya. Mindanya kekal pada umur yang sepatutnya tapi tubuh fizikalnya terbantut sebanyak 7 tahun dari umur asalnya,”
“Jadi, maksudnya umur Hansol bukan 17 tahun. Begitu?,”
“Unfortunely, yes. Berdasarkan pada umur mindanya, sekarang ni dia sudah berusia 24 tahun. Tubuhnya saja yang berusia 17 tahun,”
Rahang Yeri dah jatuh tak terangkat dah. Mana mungkin selama ni orang yang dia duk marah, ketawa, senyum tu sudah berusia 24 tahun.Lagi tua dari umurnya. “Penyakit ni boleh disembuh, kan?,”
Pertanyaan Yeri tu buat mama Hansol gelisah. Yeri boleh nampak matanya mula bergenap air hangat yang cuba ditahan. Yifan disebelah mengenggam jari jemari wanita tu memberi semangat. “Kajian kami masih gagal untuk mencipta ubat yang mampu membuatkan dia kembali hidup normal seperti orang lain. Atau dalam erti kata lainnya-,”
“Dia takkan hidup lama, bukan?,” Yeri memintas dulu. Sakitnya untuk menghadap realiti yang satu tu. Memang benar kata orang, mati itu pasti. Tapi orang yang ditinggalkan belum pasti dapat teruskan hidup seperti biasa bila si mati itu pergi.

“Hansol, wake up. Please, untuk kali ni je. Cakaplah dengan aku macam selalu. Kalau kau nak menyindir aku pun aku takkan marah kau. Please..Hansol. Bangunlah…,” Yeri dah melutut. Genggaman tangannya masih tak dilepaskan. Esak tangisnya mengisi segenap ruang makmal tu.
“Hoi…memekak..je..la..kau ni…,” Hansol mengusik. Namun nadanya perlahan. Perlahan-lahan dia membuka mata.
Serentak tu, Yeri bangun berdiri menghadapnya. Dia menangis lagi. Cuma kali ni lebih kuat dari tadi. “Aku ingat kau dah tinggalkan aku…bodoh punya Hansol! Kau buat aku takut..,”
Hansol ketawa kecil. “Dah la..berhentila…muka..kau buruk..dengan hingus..macam tu..,”
Yeri mengesat air mata dengan hujung lengan baju. Hidungnya juga dikesat. “Mana ada hingus. Sempat lagi buat lawak bodoh, dia nikan..,”
Hansol sengih. Suka betul tengok muka dia marah. Comel sangat. “Yeri..sini..,”
Jari telunjuknya memainkan peranan mengarah supaya Yeri rapat padanya.
“Amenda?,”
“Sini jelah..,”
Yeri tarik hingus dulu. Kemudian, merapatkan wajahnya pada Hansol. Serentak tu, Hansol mengucupnya. Bibir mereka bertaut rapat. Yeri tersentak. Namun, sikit demi sedikit dia merelakan. Seperti dalam dunia fantasi dimana puteri raja mendapat kucupan dari putera rajanya.
Hansol meleraikan kucupan. Anak mata Yeri dipandang dalam-dalam. “Aku sayang kau..Yeri. Maafkan..aku..,”
Air matanya mengalir laju. Yeri juga begitu. Esak tangisnya mulai kedengaran semula. “Aku sayang kau jugak, Hansol. Sayang sangat…,”
Hansol peluk Yeri sekejap yang boleh. Seperti tak mahu dilepaskan. Bahunya terhinjut menahan sedu.
“Kim Yeri..sejujurnya..aku tak percaya pada kelahiran..akan datang..jadi..teruskan hidup kau..bina keluarga..lahirkan ramai anak..yang comel-comel..Biarlah..kali ni aku yang lebih rindu kat kau…Jangan..putus asa..,”
Laju Yeri mengangguk dalam dakapan Hansol. Terhinjut-hinjut dia menahan tangis. Hansol mengusap rambut Yeri lembut. “Aku cintakan kau..Kim Yeri..,”
“Aku pun cintakan kau, Choi Hansol. Dan…terima kasih,” dalam esak tangis Yeri menutur seikhlas hati.
“Selamat tinggal..,” Hansol mengukir senyum tiga saat sebelum terkulai layu dalam dakapan Yeri.
“Choi Hansol..,” Esak tangisnya semakin kuat. Segala sesak yang bersarang didada dilepaskan semahunya. Tubuh Hansol yang dah tak bernyawa tu dirangkul kejap. Dalam sekelip mata dia hilang seorang sahabat. Seorang kekasih. Dan seorang musuh. Dalam sekelip mata juga dia terasa jiwanya melayang. Semalam dia bergelak tawa dengan Hansol. Semalam, dia bertekak juga dengan Hansol. Dan semalam..Hansol senyum padanya. Tapi hari ni..dia hilang semua tu. Tapi jauh disidut hati dia pasrah. Kalau itu takdir mereka, dia relakan. Biarlah semua tu menjadi satu memori indah untuk disimpan sampai mati. Dalam payah, Yeri mengukir senyum sebaris.
“Selamat tinggal..Choi Hansol..,”



3 tahun kemudian..

Daun-daun mulai berterbangan disana sini. Pokok-pokok juga sudah kehilangan daun-daunnya. Tal lama lagi musim sejuk. Yeri memasukkan tangan ke poket kot tebal berwarna coklat tua paras lutut tu. Dilehernya dililit marfela warna krim cair. Sejukknya kat Bradford ni lebih kurang macam kat Seoul jugak. Cuma cuaca disini agak tak menentu sikit. Dia paling benci bila hujan turun dalam musim sejuk macam ni. Jalan-jalan semua menjadi licin. Jadi pergerakkannya agak terhad.
“Hey, Kim. Wanna join me to Starbucks?,”
Albert Hawn. Lelaki berdarah keturunan Britih tu melawanya. Yeri senyum sebaris.
“No. Thanks. I’ve something to do. Maybe next time?,”
Wajah lelaki tu sedikit kecewa. Namun, dia senyum juga. “Okay. Promise for next time. No more excuses,”
“Okay,” Yeri sengih.
“Alright then. See ya,” Lelaki tu berlalu pergi.
Yeri kembali menyambung pembacaan di bangku taman di fakulti Teater dan Musical tu. Masuk hari ni genap empat bulan dia berada di Bradford menyambung pelajaran di peringkat Ijazah di University Bradford, England. Dan hari ni jugak genap tiga tahun empat bulan Hansol pergi meninggalkannya. Buku Peterpan yang terselit bawah buku tebal Law of Word tu ditarik keluar. Satu persatu helaiannya di selak. Sampai pada muka terakhir dia berhenti.
Hello, Tinkerbell.
Hidup ni jugak satu fantasi. Cuma kau kena bukak mata besar-besar untuk melihatnya. Bergembiralah selagi nafas mampu dihembus. Berjalanlah selagi kaki mampu melangkah. Dan ketawalah sementara kau masih hidup. Aku yakin satu hari nanti akan ada seorang Peterpan yang sedar dengan kehadiran kau. Berusahalah supaya tak putus asa. Tak apa kalau kau jatuh sekali. Esok masih ada untuk kau bangkit. Dan menangis lah untuk hari ni. Esok jangan kau kenangkannya lagi. Senyumlah!
Tanpa sedar Yeri mengukir senyum sebaris. Choi Hansol....akan tersemat nama tu selamanya di dalam dada.
BUK!
“Adoi!,” Yeri mengosok kepala yang terasa berbinar bahana kena bola keranjang yang dibaling dari tepi. Spoil mood betullah…
“Sorry, miss. I’m so sorry..,”
Yeri masih mengosok kepala. Sakit betul. “Adeh..deh..deh.. banyaklah kau punya sorry..Naik lorilah woi!,”
“Eh, orang Korea ke?,”
Suara tu bertanya. Serentak buat Yeri mendongak. Lelaki tu tersengih.
“Orang Korea jugak ke?,” Yeri tanya balik.
“Ha’ah. Saya Lee Seok Min. Panggil DK,” dia menghulur salam perkenalan. “Awak?,”
“Saya.. Tinkerbell,”
Senyum.

FIN

about
me and my blog

b2uty bbc army stan

dark grey is only b2st and b2uty. true b2uty needs no color- let's dive into the grey ocean. with b2st. since 2009.10.16

yellow and black? it's bbc, bitch. block b club, duh. they're drunk hoes but bae as fuck .

army. fuck yeah, why not. they're my bias wrecker. i can't stand them. its bangtan boys doe. who are you kidding?

stan. maybe none of you kpoppers know what stan is but stan is our rap god, eminem's fandom - based on one of his song, "stan". normal? fuck being normal, i'm a stan, and a stan is never normal. #eminem is number 1. why be a king, when you can be a god?
faziera misri.