about
● archives
27 May 2019
Congratulations @ 18:42
"apa yang awak dah buat ni?" nada suara haneul naik secara mendadak, membuatkan beberapa pelanggan menoleh ke arah mereka berdua. jae tertawa perlahan apabila melihat haneul mulai berang.
jae hanya mengangkat kedua bahunya, manakala tangannya pula dibawa ke belakang kepala dan dia membetulkan sedikit topi berwarna hitam kegemarannya itu.
"saya dah janji nak tulis lagu tentang awak. so, there you go."
matanya menatap haneul yang duduk di hadapannya, yang jelas sedang menahan marah. "the song came out nicely. saya pun tak expect lagu itu akan jadi hit dan top chart."
you can't blame me though.
haneul melepaskan satu keluhan besar. tangannya mengenggam erat gelas yang berisi kopi ais yang dipesannya tadi. jae tahu yang haneul sedang menahan dirinya daripada menyimbah kopi tersebut ke atas sweater kelabu yang dipakainya.
"kenapa awak buat lagu macam itu?"
hahahaha, what a funny question. why'd you even ask that?
jae tergelak sekali lagi. kali ini, kedengaran begitu sarkastik. dia perlahan mendekatkan dirinya ke arah haneul dan satu senyuman sinis muncul lambat lambat di bibirnya.
"kenapa sekarang awak sibuk sangat nak tahu pasal hal saya?"
haneul terdiam apabila mendengar suara jae yang berubah menjadi perlahan. riak muka jae yang semakin kosong sedikit sebanyak membuatkan hatinya berdegup pantas.
"awak sendiri tahu makna lagu tu, betul tak? jadi kenapa saya nak kena jawab soalan soalan awak tadi?"
let’s take some time
when I heard that
i understood it exactly as it sounded
[f l a s h b a c k]
"let's take a break."
jari jae berhenti dari terus memetik tali gitar miliknya. pandangannya dibawa ke arah wajah haneul.
gitar yang berada di dalam pelukannya tadi terus diletak ke tepi dan dia segera menghampiri teman wanitanya yang sedang duduk di hujung sofa.
"babe, you're okay? saya tahu awak stres dengan kerja, dengan tasks, so i—"
kata kata jae dipotong dengan satu tenungan dari haneul. jae terdiam, kurang pasti bagaimana hendak memberi reaksi. selama mereka berpacaran, tidak pernah sekali pun haneul berkelakuan sebegini. cuma sejak dua minggu yang lepas, haneul lebih banyak menghabiskan masa dengan menatap skrin telefonnya dari belajar bermain gitar daripada jae, seperti kebiasaannya.
"it's just, awak terlampau sibuk dengan band awak. dan saya sibuk kejar impian saya. saya rasa kita macam terclash antara satu sama lain. awak tak perasan ke?"
haneul menoleh ke arah lain, seakan akan bosan dengan wajah jae yang jelas kelihatan terluka dengan ayatnya sebentar tadi. "tapi kenapa? saya ada buat salah dengan awak ke? kalau ada, please. we can fix it."
"tak, awak tak buat salah apa pun."
haneul menjawab malas.
" jadi kenapa awak tiba tiba nak take a break? tell me if i did something wrong!"
"jae! kenapa awak taknak percaya yang saya hanya perlukan masa? dahlah, saya penat. saya cuma rasa kita kena fikir balik apa sebenarnya yang kita nak dari hubungan ini, dan dari each other."
suasana senyap mula menerobos ke dalam ruang tamu apartment milik jae itu.
"fine, kalau itu yang awak nak, okay, kita take a break. tapi kita still bersama, i know you won't forget that."
but then i see your smiling face,
and i guess you already forgot everything
6 hari.
6 hari sahaja yang kau perlukan.
6 hari untuk kau tinggalkan aku.
6 hari untuk kau menjauh, dan 6 hari untuk aku nampak kau berjalan berpegangan tangan dengan lelaki lain.
aku tahu kau sedar yang aku turut ada di dalam kafe itu, cuma kau buat tak endah. kau sendiri nampak macam mana tangan aku menggigil, tetapi kau sibuk menatap muka teman lelaki baru kau. dan kau tahu macam mana suara aku bergetar, jelas yang aku sedang menahan marah, bila aku perlahan bertanyakan tentang lelaki tersebut, tetapi kau buat tidak kisah.
so how is he? is he better than me?
did he erase all your memories about me?
petang selepas aku balik dari band practice, kau sambut aku pulang dengan satu pelukan erat. "okay tak practice?"
aku senyum, mengangguk sambil menuju ke sofa. kau masih merangkul tubuh aku dari sisi sambil tersenyum lebar.
"practice okay, tapi yang kelakarnya bila tadi semua dah kering idea nak tulis lagu tentang apa."
aku menggeleng geleng kepala sambil tertawa, teringat tentang peristiwa yang berlaku di dalam bilik latihan tadi. "hm? bukan awak lyricist terhebat ke?" "hahaha! i am, okay? cuma maybe sebab this monthly project, semua member drained dan tak dapat nak bagi idea untuk lagu seterusnya."
haneul melepaskan pelukan dan menatap mata jae dengan pandangan yang sangat lembut. dia mengenggam kedua dua tangan teman lelakinya itu. "saya tahu awak sibuk, banyak kerja, but please, take care of yourself." "hahaha, that's so cute of you. okay, saya akan jaga diri dan kesihatan saya. thanks, babe." satu ciuman hinggap di pipi kiri haneul. mereka berdua tergelak, sebelum jae tiba tiba memeluk haneul.
"saya tak tahu macam mana saya boleh bertuah sangat sebab boleh ada dalam hidup awak. i guess happy endings really do exists, haneul. awak selalu ada dengan saya, dengar masalah saya, or even tolong pilihkan flavor baskin robbins yang sedap untuk saya, hahaha!"
"oi, itu sebab saya expert bab aiskrim okay!"
"hahaha, okay! but i'm really happy right now that i came up to the point yang saya rasa, i'm gonna write a song about you." haneul melepaskan pelukan sekali lagi. kali ini dengan riak wajah yang tidak percaya, dia menjerit kecil, seronok dengan pernyataan yang diberikan oleh jae. "wah, lagu pasal saya?!"
"hahaha yup! everything for you."
[e n d o f f l a s h b a c k]
"jae, apa—"
"awak tahu, sebenarnya saya rasa malu bila nak release lagu tu. but then i realized, awak yang patut rasa malu. sejujurnya, saya rasa awak kena dengar lagu tu berulang kali, supaya awak akan asyik teringatkan tentang penipuan awak dekat saya."
"seriously jae, stop with your childish act, will you?!"
"why? you're sick of it? dengar sini kim haneul,"
dada haneul turun naik apabila jae menyebut nama penuhnya. kening jae yang berkerut. reaksi mukanya kosong.
"untuk pengetahuan awak, selepas awak menipu, tinggalkan saya terkapai kapai, saya mula hilang arah. bila saya dengar lagu kegemaran awak, bila saya lalu bookstore dan nampak buku yang awak asyik baca berulang kali tanpa bosan, bila saya lalu dekat kafe ni, where we had our first date, you immediately nestled into my mind. saya memang hilang segalanya waktu itu, including my sanity. sebab apa? sebab awak."
"jae, saya berjumpa dengan hyunjin selepas kita berpisah!"
heh. after what you have done, you expect me to believe that?
mata haneul mula berair akibat menahan emosi.
ah, she's using that trick again.
segelintir pelanggan mula berbisik sesama mereka sambil melihat ke arah jae dan haneul. jae melepaskan keluhan kasar, wajahnya jelas bosan dengan lakonan yang sedang asyik dimainkan oleh bekas teman wanitanya itu.
"haneul, saya dah penat dengan cara awak main mainkan hati saya. kalau awak call saya semata mata nak jumpa dan tanya pasal lagu baru band saya. yes, you are absolutely correct, miss. lagu tu memang untuk awak. anyway, stop acting like you're the one who got hurt. saya tak bodoh, haneul. tahniah, awak menang dalam permainan kecil ni. memang saya sakit hati, but it's good that you'll never be in pain. sebab kalau awak berpisah dengan hyunjin pun, apa yang awak perlu buat hanya cari cinta baharu. macam apa yang awak buat dekat saya, kan?"
satu titis air mata mengalir laju di pipi gadis di hadapannya itu. jae lantas mencapai kunci keretanya yang terletak di tepi secawan latte suam yang langsung tidak berusik, tidak menghiraukan haneul yang kini sedang menyeka air matanya. sebelum bangun, dia merenung tajam seraya berkata;
"and one more thing sweetie, we didn't even break up. you created that though."
senyuman sinis masih kekal di bibirnya.
"make sure dengar lagu tu banyak kali tau?"
so leave me
go to him
seriously, girl
congratulations