aboutarchives


3 February 2020
Egois @ 18:02


Chanyeol hanya mahu membuktikan kepada Lisa bahawa dia masih belum melupakannya.
0Y0Lz4y.gif

0Pum3HG.jpg
STILL
Cinta—di setiap degupan kencang sang jantung, memori tercipta seindah-indahnya.
Di saat Chanyeol muncul di hadapan mata, Lisa rasa terpukul oleh realiti. Alangkah singkatnya tempoh setahun semenjak perpisahan mereka berdua. Di waktu Lisa yakin dia mampu melangkah jauh daripada bekas teman lelakinya, Chanyeol, kehadiran kenangan lama mereka begitu mudah telah memusnahkan segala usaha yang dikumpul.
"Encik Chanyeol, apa motif kau beli rumah aku ni?" Lisa menahan nafas apabila nama nostalgia itu diucapkan. Tenungan mata Chanyeol lebih daripada cukup untuk menyempitkan hos pernafasannya.
"Kenapa diam? O-Orang macam kau...buat apa nak tinggal dekat rumah macam ni?" Hatinya gentar untuk bertentang mata dengan Chanyeol, maka pilihan yang ada adalah mengelak; pandangan matanya dialihkan ke tepi.
Peluh membasahi telapak tangannya sedangkan ia masih berada di dalam genggaman Chanyeol sejak tadi. Sentuhan erat Chanyeol mengamit masa lalu mereka ketika bercinta dulu. Seperti gula-gula kapas—lembut, terlalu bernilai. Chanyeol yang berada di hadapannya sekarang tidak ubah seperti putera raja di dalam cerita dongeng. Ekspresi wajahnya masih lagi sama seperti tadi—kosong, sedingin musim salju.
Baru Lisa tergerak hendak mengatakan sesuatu, Chanyeol pantas melepaskan tangan gadis itu. Tidak sampai satu saat, tangan Lisa yang satu lagi disambarnya. Selesai meletakkan sesuatu di atas telapak tangan Lisa, dia mula menjarakkan diri dan tanpa berkata apa-apa, dia membelakangi Lisa.
Satu tapak...dua tapak...tiga tapak, Chanyeol menjauh pergi.
Lisa terpana melihat tindakan Chanyeol namun di dalam situasi ini, tiada siapa yang harus dipersalahkan. Lidah yang kelu berbahasa malah menambahburukkan lagi keadaan. Lisa memandang sekilas ke atas objek yang diletakkan pada tangannya. Terbuka luas mulut jadinya.
Kunci?
"Oppa!" Lisa berlari mendapatkan Chanyeol . "Oppa!" Serunya lagi.
Chanyeol yang seolah-olah tidak mempedulikan seruannya itu terus berjalan ke pintu rumah. Tangannya yang diseluk rapi ke dalam saku seluar mengeluarkan handphone dari dalam.
"Ah, ya." Sesaat kemudian, handphone tadi telah terlekap di sebelah telinga. "Aku saja beli rumah untuk kebajikan..." Suaranya tenggelam timbul pabila Lisa melapangkan kedua tangan di hadapan. Tidak terusik langsung dengan tindakan Lisa, Chanyeol selamba melimpasi gadis itu.
"R-Rumah? Jadi ini kunci rumah yang aku nak sewa? Chanyeol beli untuk aku?" Menyambung titik-titik misteri di dalam minda bukanlah perkara yang susah buat Lisa. Dia biasa melakukan ini semua ketika mereka berdua masih bersama. Setahun mereka bercinta, setahun juga hubungan mereka itu dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapapun.
"Tak, aku balik hari ni juga." Di saat Lisa hampir berputus asa, langkah Chanyeol pula menjadi semakin perlahan, seakan-akan memberikan masa agar Lisa menjejaknya sebelum mencapai pintu.
Pergerakan tangan Chanyeol yang mahu memulas tombol pintu itu seperti sengaja dilambatkan. Pada saat dia ingin memusingkannya, masa itu jugalah tangan Lisa berlapik dengannya. Gadis itu merenunginya dengan tajam namun masih tidak menandingi kesakitan yang membeku di dalam jantung kerana rindu yang amat terhadap manusia bernama Lisa.
"I'll call you back later, sweet...heart." Chanyeol sengaja menekankan perkataan akhir tadi agar Lisa turut mendengarnya.
Lisa tidak mahu mengalah. Dia mengetap keras bibirnya sambil mengalihkan pandangannya ke arah yang lain. "Ini kunci apa?" Soalnya tanpa memandang wajah jejaka itu.
"Are you an idiot?" Chanyeol menolak kasar tangan milik gadis itu lalu tanpa berlengah, terus memulas pintu tombol. Baru separuh pintu itu dibuka, Lisa sekali lagi menyekang dengan beralih tempat di hadapan muka pintu pula.
"Yah..." Sedaya upaya Lisa melembutkan suara yang mungkin pecah bila-bila masa saja itu.
"Baru sebulan tak jumpa, otak kau dah tak boleh nak fikir straight?" Ujar Chanyeol ditemani senyum sinisnya.
Ekoran itu, Lisa gagal mengawal emosinya. Batukan kecil dibebaskan dari hujung bibirnya tatkala anak matanya dijulingkan ke atas. "Park Chanyeol -ssi, apa semua ni? Sebelum aku naik bengang yang satu dunia tak boleh nak halang, baik kau jelaskan guna perkataan yang baik...ba..ik." Kata-kata Lisa yang berbaur ancaman itu berjaya meragut sinar ejekan daripada wajah Chanyeol.
Chanyeol memandang sekilas ke arah kunci yang berada dalam genggaman Lisa. Setelah itu, dia berkata, "Sebab aku rasa berada dalam ruangan yang sama, menyedut udara yang sama dengan kau...sangat menyeronokkan."
Mendengar penjelasan yang acuh tak acuh daripada Chanyeol tadi, tanpa berfikir panjang, telapak tangan Lisa spontan hinggap pada pipi kanan jejaka itu; sekuat hati dia menamparnya. Sanggup Chanyeol melontarkan pernyataan sebegitu dengan sesuka hati. Ya. Memang dahulu Lisa pernah bercinta dengannya namun tidak pernah sekalipun, Chanyeol mengemukakan hubungan mereka kepada rakan-rakan yang lain. Kononnya, dia memiliki reputasi sebagai seorang pewaris keluarga tunggal, oleh itu dia tidak harus berpasangan dengan mana-mana wanita yang bukan pilihan keluarganya.
"Cukuplah. Aku dah malas nak main permainan kau yang-"
"Malas?" Kini, Chanyeol pula yang meninggikan suaranya.
Lisa yang masih lagi memandang ke arah tanah berasa terancam. Meskipun begitu, dia tidak mahu terus-menerus jatuh dalam perangkap palsu Chanyeol. Selama ini pun, dia tidak pernah merasakan dirinya dihargai, apa lagi dicintai. Agaknya, inilah lambang pembalasan atas dosa-dosanya dahulu. Tanpa sedar, mata Lisa mula bertakung dengan air mata. Lantas, Lisa memejam matanya erat, tidak mahu Chanyeol menyaksikannya.
"Song Lisa." Degup jantung Lisa menjadi berlipat kali ganda lajunya pabila Chanyeol menyebut nama penuhnya.
Chanyeol menyentuh dagu Lisa dan melaraskan wajahnya agar berhadapan dengannya. Dia menantikan saat gadis itu bertembung mata dengannya semula barulah dia menyambung kata-katanya tadi. Sinaran mata Chanyeol memancarkan aura yang berlainan daripada tadi. Sesaat itu, perasaan lembut merebak dalam seluruh urat saraf Lisa. Walaupun bagaimana dia mencuba sekalipun, dia tidak mampu membenci jejaka di hadapannya dengan sepenuh hatinya.
"Betulkan penggunaan perkataan kau yang dramatik tu." Bicara Chanyeol tadi ibarat wabak yang mampu membunuh sesiapa saja dalam sesaat. Hanya jejaka itu saja tidak tahu yang kata-katanya telah membunuh Lisa sebanyak beratus-ratus kalinya.
"Kau bukan malas nak main dengan aku!" Chanyeol melepaskan sentuhan pada dagu Lisa tetapi mula mendekatkan tubuhnya ke arah gadis tersebut. "Kau...dah penat dengan aku..." Bisiknya di tepi telinga gadis yang berdiri kaku tanpa suara. "Sebab tu kau tinggalkan aku..." Sambungnya dengan getaran ketara pada hujung ayatnya.
Chanyeol menelan liur pahit yang mengancam aturan nafasnya. Dengan niat mahu menenangkan jiwanya yang lara, kepala dan tubuhnya segera dihadap ke arah yang bertentangan daripada bekas teman wanitanya itu. Sementara Lisa juga tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ego yang tinggi melangit tidak akan mengizinkannya untuk mengucapkan perkataan maaf kepada Chanyeol.
"Berada di ruang yang sama, bernafas udara yang sama dengan kau...ibarat pelangi selepas hujan...yang muncul hanya sementara, dan selama-lamanya tidak akan mampu tercapai..." Bisik Lisa di dalam hati. Kunci tadi dikembalikan ke tangan Chanyeol. Seraya itu, wajahnya didongak ke arah jejaka tersebut, "Maafkan aku kerana tidak cukup kuat untuk meredah kesukaran ini bersama kau..." Buat kali terakhirnya, Lisa mengucup bibir lelaki itu.

about
me and my blog

b2uty bbc army stan

dark grey is only b2st and b2uty. true b2uty needs no color- let's dive into the grey ocean. with b2st. since 2009.10.16

yellow and black? it's bbc, bitch. block b club, duh. they're drunk hoes but bae as fuck .

army. fuck yeah, why not. they're my bias wrecker. i can't stand them. its bangtan boys doe. who are you kidding?

stan. maybe none of you kpoppers know what stan is but stan is our rap god, eminem's fandom - based on one of his song, "stan". normal? fuck being normal, i'm a stan, and a stan is never normal. #eminem is number 1. why be a king, when you can be a god?
faziera misri.